Rabu, 31 Ogos 2011

Bayi berusia sebulan didapati mengandung

Kalau dulu diberitakan ada kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun mengandung di China, baru-baru ini dilaporkan pula ada bayi perempuan yang mengandung di Riyadh, Arab Saudi. Dan bayi itu baru berusia 1 bulan.

Doktor-doktor Arab Saudi yang memeriksa seorang bayi perempuan yang berusia satu bulan telah terkejut apabila mendapati bahawa dia mengandung, mendorong mereka untuk melakukan pembedahan segera untuk mengeluarkan janin yang telah mati dari dalam perutnya.

Bayi mengandung itu dilahirkan melalui pembedahan terhadap seorang wanita Arab Saudi dan dia mula mengalami sembelit dan muntah hampir sebulan kemudian. Doktor menyifatkan ia sebagai salah satu daripada kes-kes yang jarang ditemui di dunia.

"Kita dapati ada bengkak di perut beliau .... Ujian menunjukkan dia mempunyai kantung yang mengandungi janin ... kami melakukan pembedahan tiga jam untuk membuang janin, yang beratnya sekitar 460 gram dan 12 cm panjang," kata Dr Saleh al Nassar, perunding pediatrik di Hospital King Faisal di Riyadh.

[emirates247.com - 29 Ogos 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.