Khamis, 21 Julai 2011

Video: Time lapse dari ulat beluncas menjadi kupu-kupu

ulat beluncas
Video di bawah ini menunjukkan kisah hidup kupu-kupu (Butterfly @ Lepidoptera), yang mana sebelum ia bergelar kupu-kupu, ia menjadi ulat beluncas terlebih dahulu. Hidupnya hanya makan daun hari-hari dan tidur dalam kepompong.

Ramai orang keliru antara kupu-kupu (butterfly) dan rama-rama (moth). Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.

Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Ikuti kisah ulat beluncas yang kerjanya makan daun, kemudian metamorfosis menjadi rama-rama dalam video time lapse di bawah. Tabik lah kepada orang yang begitu tekun merakam semua ini.


Time lapse dari ulat beluncas menjadi kupu-kupu Monarch (Danaus plexippus)



Time lapse kupu-kupu keluar dari kepompong



Time lapse kupu-kupu Heliconius melpomene keluar dari kepompong



Time lapse rama-rama (moth) keluar dari kepompong



Time lapse rama-rama (moth) keluar dari kepompong



Time lapse rama-rama Silk moth bertelur

SubhanAllah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.