Rabu, 6 Julai 2011

Upacara perceraian meningkat di Jepun selepas bala bencana

Upacara menyambut perceraian semakin meningkat di Jepun selepas gempa bumi besar dan tsunami melanda negara itu Mac lalu, diikuti dengan krisis nuklear yang dikatakan menjadi penyebab pasangan tidak gembira mula menilai semula kehidupan mereka.

perceraian meningkat di Jepun selepas bencana

Upacara yang dibuat bagi menandakan permulaan perubahan status pasangan kepada kehidupan solo, menelan belanja 55,000 yen (RM2,072), termasuk hidangan bufet dan upacara menghancurkan cincin perkahwinan menggunakan tukul kecil.

Tomoharu Saito meraikan upacara itu di Tokyo bersama isteri, Miki beberapa hari sebelum mereka dijadualkan bercerai berkata, upacara memecahkan cincin membuat dia lega.

“Saya tidak sangka dapat menghancurkan cincin dengan mudah, tetapi saya dapat melakukannya. Saya terkejut pada mulanya, tetapi ia membantu saya memulakan hidup baru dengan fikiran terbuka,” katanya.

perceraian meningkat di Jepun selepas bencana

Upacara itu juga termasuk pembelian ‘pakaian cerai’. Bagi upacara itu, Miki memilih sehelai gaun musim panas berwarna kuning bunga daisy untuk upacara itu. Di Jepun, warna ‘daisy’ dipercayai melambangkan ‘hubungan baik atau platonik’.

“Mereka yang mahu bercerai secara baik akan melakukan upacara ini. Selepas gempa bumi, keinginan saya untuk kembali tinggal bersama ibu bapa semakin kuat dan kerana itu saya memilih untuk bercerai dengan Tomoharu,” katanya.

Rakan pasangan itu, Hiroko Tada hadir pada upacara perkahwinan dan perceraian pasangan Saito.

“Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana bercerai secara baik. Saya tidak pernah membayangkan ia akan berakhir begini kerana saya juga hadir ketika perkahwinan mereka dulu,” katanya.

perceraian meningkat di Jepun selepas bencana


[Reuters]


Begitu beradabnya segolongan masyarakat Jepun, walaupun setelah bercerai, mereka bercerai dengan cara baik. Macam mana pula proses perceraian di negara kita?  Bolehkah pasangan sama-sama melakukannya dengan cara baik, ataupun masing-masing bermasam muka (serabut perut melihat muka pasangan dan tidak mahu bertegur sapa dah) macam sudah putus saudara? :P

Walaubagaimana pun, amat tidak digalakkan bercerai, walaupun ianya perkara yang halal, tetapi ia TIDAK DISUKAI oleh Allah ta'ala .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.