Jumaat, 1 Julai 2011

Kasut emas penghormatan untuk Ronaldo oleh Nike

Mungkin kerana Ronaldo telah banyak memberikan keuntungan pada NIKE dulu, maka setelah Ronaldo bersara bermula Februari lepas, NIKE telah membuat sepasang kasut emas dibuat khusus untuk salah seorang pemain bolasepak termasyhur Brazil itu sebagai satu penghormatan.


Kasut emas yang tidak boleh dipakai itu diletak dalam kotak kayu mahogany dan lambang keluli 'R9' di atas kotak.

Anugerah khas itu telah diberikan kepadanya oleh Nike kerana menjadi legenda sepak bola bertahun-tahun dan menyumbang ke arah perkembangan kasut Nike di seluruh planet ini kerana beliau adalah salah seorang duta jenama syarikat.




Come on Ronaldo, gadai lah kasut itu, kemudian sedekah pada rumah anak-anak yatim, atau orang-orang miskin atau siapa saja yang dalam kesempitan ekonomi  ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.