Jumaat, 17 Jun 2011

Wanita China memanggang anak anjing hidup-hidup

Wanita China memanggang anak anjing hidup-hidup
Sebuah forum online di China mendedahkan gambar anak anjing dipanggang oleh seorang wanita bersebelahan sebuah pasar di Guangzhou, China.

Wanita itu menggunakan sepasang penyepit untuk memegang leher anjing di atas api yang terbuka. Kejadian ini menarik ramai yang ingin tahu dan melihatnya, termasuk kanak-kanak.

Ramai pengguna internet yang melihat gambar itu menuntut agar wanita itu dikenal pasti dan dihukum, manakala yang lain menyatakan bahawa apa-apa aktiviti tidak berperikemanusiaan tidak akan dilakukan sedemikian secara terbuka jika tidak ada permintaan untuk daging anjing.

Daging anjing dipercayai oleh sesetengah orang mempunyai sifat perubatan atau dapat meningkatkan libido @ nafsu seks lelaki.

[Asia One]


Jika betul lah anak anjing itu dipanggang hidup-hidup, maka perbuatan itu sungguh kejam kerana menyeksa haiwan. Hukumannya di akhirat nanti, anak anjing itu pula yang akan memanggang orang yang memanggangnya hidup-hidup.

Mudah-mudahan mereka tidak terus memanggang hidup-hidup tetapi menyembelih dulu agar haiwan itu tidak terseksa sebelum dijadikan makanan.

Tapi jangan orang Islam pula pergi sembelih dan makan anjing kerana daging anjing HARAM dimakan dalam Islam  :P

Hari itu ada kes seorang remaja gantung anjing sampai mati 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.