Berita Terkini

Tanda-tanda seseorang ketagihan seks

lalat mengawan , melakukan hubungan seks
Sudah menjadi naluri manusia mempunyai nafsu seks, tetapi jika nafsu tersebut sudah masuk peringkat ketagih, terutamanya bagi yang belum berkahwin, ia boleh mengundang kepada bermacam masalah lain pula.

Ketagihan seks (sexual addiction @ hypersexuality) sering dianggap bukan merupakan masalah bagi ramai orang. Sedangkan bagi pesakit dan pasangan hidupnya, gangguan itu boleh memusnahkan sebuah rumahtangga. Dan bukan hanya merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga, dan teman-temannya.

Menurut pakar-pakar dalam bidang ini, ketagihan seks ialah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan. Satu lagi ciri penting ialah, seperti penagihan lain, mereka yang terlibat mendapati emosi mereka bertukar-tukar antara terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Apabila anda berada dalam tahap ketagihan seks, biasanya anda akan merasai

- Malu.
- Menyesal.
- Kebimbangan dan gelisah tentang tingkah laku anda.
- Terperangkap oleh keperluan yang tidak berdaya dilawan.
- Merasa terasing.
- Satu-satunya cara untuk melepaskan perasaan ini boleh menjadi satu lagi pertemuan seksual, maka anda pergi untuk mencari seks lebih lagi.

Tubuh yang ketagihan seks memerlukan jumlah yang semakin banyak, yang ertinya merasa mahu melakukan seks terus, sehinggakan tidak pernah betul-betul puas.


Amaran gejala ketagihan seks mungkin termasuk

- Sesetengah jenis tingkah laku seperti seks biasa yang kerap, membuat banyak hubungan luar apabila anda berada dalam satu hubungan atau seks yang berisiko tinggi.
- Penggunaan yang berlebihan pornografi.
- Masturbasi (melancap) yang tidak terkawal.
- Perasaan bimbang mengenai kelakuan anda.
- Mahu berhenti atau mengubah tingkah laku seksual anda.
- Perasaan tidak dapat berhenti, walaupun mahu.
- Menggunakan seks sebagai cara untuk menangani masalah-masalah lain.
- Memerlukan lebih banyak seks untuk mendapatkan kepuasan yang sama.
- Perasaan yang sangat rendah / 'low' atau rasa bersalah selepas itu.
- Penggunaan banyak masa merancang atau terlibat dalam seks.
- Hilang acara sosial yang penting atau bahkan bekerja semata-mata untuk mengejar seks.


Kesan buruk dari ketagihan seks termasuklah

- Putus satu hubungan cinta yang bermakna.
- Kehilangan peluang pekerjaan.
- Jangkitan kelamin. Bermacam-macam penyakit seperti Siflis, AIDS, Chancroid, Gonorea, Hepatitis A, Herpes dan sebagainya.
- Kehamilan yang tidak diingini.
- Kemurungan adalah perkara biasa di kalangan penagih seks (ia mungkin menjadi faktor yang membawa kepada ketagihan atau memburukkan masalah) dan peratusan seorang dari lima orang mungkin telah membunuh diri.

Perilaku-perilaku buruk lain yang akan berlaku


- Munculnya golongan-golongan 'Flasher' (orang-orang yang membuka pakaiannya untuk menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai dengan sekali imbas atau beberapa kali).
- Voyeurisme (golongan pengendap atau 'skodeng' kata orang Terengganu).
- Sexual fetishism (keinginan seks untuk barang-barang contohnya pakaian dan juga anggota-anggota tubuh badan seperti kaki, tangan dan sebagainya.
- Pelacuran.
- Suka tayang tubuh seksi di sana sini , tidak kira dalam majalah, laman web dan sebagainya.
- Main kayu tiga. Suami atau isteri makan luar.
- Berhubungan seks dengan pasangan yang baru dikenali atau sesiapa saja.
- Telefon seks dan akses melalui internet pada laman-laman web porno.


[BBC , Dr Patrick Carnes , Wikipedia]


Dengan semakin banyak dan menularnya laman-laman web porno dan mengghairahkan di internet , maka tidak mustahil penyakit Ketagihan Seks ini juga akan menjadi semakin kronik, terutamanya bagi generasi seterusnya nanti. Oleh itu pencegahan-pencegahan awal MESTI DIBUAT!

Wahai kerajaan, tolong sekat laman-laman web porno dari memasuki Malaysia!


Didikan agama sangat penting untuk mengatasi masalah ketagihan seks

Maka kerana itulah iman seseorang itu penting dalam melawan gejala ketagihan seks ini. Jika seseorang itu penuh ilmu agama di dada, ketahui dosa dan pahala, dan menghayati semua apa yang dipelajarinya dalam bab Aqidah, Feqah dan Ihsan dengan sebaik mungkin, insyaAllah dalamannya akan kuat untuk melawan desakan seks.

Jangan terlalu turutkan nafsu seks, kerana jika selalu diturutkan itulah sebabnya kekalahan kita dengan nafsu itu menjadikan kita ketagihan kerana sudah terbiasa dan diajar begitu. Apalagi pemenuhan nafsu seks itu adalah satu perkara yang nikmat.



26 ulasan:

  1. Saya juga ketagihan seks. Saya pernah terlanjur dengan kenalan yang saya baru kenali di wechat. Kali kedua jumpa dia mengajak saya mencuba di tandas shopping mall. Dia dan saya tidak pernah melakukan seks. Sekadar ingin cuba. Selepas itu kami mengulanginya sehingga 4 kali. Malangnya, dia sudah tidak mahu lagi. Mungkin menyesal. Saya pula tidak boleh kalau tidak buat benda itu. Saya mula kenal beberapa lelaki dan pernah melakukan seks. Saya pernah minta izin ibu saya untuk berkahwin tapi dia tak bagi kerana waktu itu saya masih belajar di matrikulasi. Sehinggalah salah seorang lelaki yang saya kenal yang merupakan suami orang, dia selalu melayani saya. Dialah lelaki yang kerap bermain dengan saya. Dia mengajak saya kahwin di Thailand. Walaupun teragak-agak, saya setuju kerana saya sangka mungkin ini pengakhiran kegiatan tak bermoral saya itu. Sungguhpun begitu, kami hanya dapat bersama bila saya pulang ke negeri kami sahaja kerana masih belajar di universiti. Bila di kampung, aktiviti kami tetap terhad memandangkan dia ada isteri dan anak-anak. Bahkan, saya juga tidak dapat selalu berhubung di telefon kerana takut ketahuan isteri pertamanya. Keadaan ini membuatkan saya sangat tertekan. Bayangkan hak saya dinafikan. Bila saya ingin declare perkahwinan kami kepada keluarga, dia tidak sanggup. Mungkin kerana tidak mahu melukakan hati isteri dan anak-anaknya. Dia juga tidak mahu lagi tambah anak, sedangkan saya sangat menginginkannya. Nafkah zahir juga tidak ditunaikan. Saat saya tidak mempunyai duit langsung di universiti, dengan hanya makan maggi dan biskut sahaja, biarpun saya mengadu lapar sangat2, dia juga tidak mempunyai wang untuk dikirimkan untuk saya, merangkap isteri keduanya. Sampaikan kawan-kawan perasan perubahan fizikal saya yang makin susut. Tapi dia suka jika saya kurus. Tapi kurusnya saya bukan kerana menjaga diet, tapi kerana berlapar. Jika hari ini makan maggi, esok makan biskut. Begitulah seterusnya. Bila dia tanya saya makan apa, saya kata makan biskut. Dia kata "sedapnya". Sedangkan saya tiada makanan lain untuk dimakan. Mujur di universiti, saya terlibat dengan ko-kurikulum PALAPES. Dengan latihan dua minggu sekali, makan saya akan ditanggung. Hendak dinanti elaun, memang lambat. Saya terdetik hendak melakukan seks dengan lelaki lain secara berbayar kerana tiada duit untuk belanja makan. Tapi suami saya sudahpun mentaqlik saya sekiranya saya melakukan seks dengan lelaki lain, maka saya bukan lagi isterinya. Kehidupan ini sangat membuat saya tertekan. Pembelajaran saya terganggu kerana rindu, marah, sedih, lapar dan terkilan kerana nafkah zahir tiada. Jika saya pulang ke kampung, kami juga tetap susah untuk melepaskan nafsu itu. Kami akan bermain di bilik bajet rm30 untuk 3 jam. Hanya itu masa saya dengan suami. Saya mengalami despresi yang agak teruk. Sehingga saya berhenti belajar. Saya merasa saya sudah tiada nilainya. Bila ditanya pendapat suami, dia kata 'ikut awaklah'. Saya semestinya tidak dapat berfikir secara waras kerana didorong rasa tertekan. Walaupun sudah tidak belajar, saya juga jarang dapat 'bersama' kerana dia juga kekurangan duit, hanya cukup2 makan dan belanja anak sekolah. Akhirnya, kerana sangat-sangat tertekan, saya melakukan seks dengan lelaki lain. Kini, saya memburu lelaki yang sudi bersama saya. Entah bila saya akan berkahwin lagi. Saya serik dan tidak yakin lagi dengan lelaki. Cukuplah sekadar dapat nikmat seks yang maha indah. Semoga Allah menghantarkan seseorang yang boleh menyelesaikan masalah hati dan seks saya. Hidup saya selalu diiringi airmata kekesalan tapi saya tidak jumpa pnyelesaian.

    I'm crying.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mslh ktagihan kita sama .. tp x lah sampai dgn yg lain .. bila dtg nafsu buat mcm kura2 dlm perahu buat2 x tahu je .. lps stres jogging tanam pokok kwsan rmh .. hilang keinginan seks yg kemuncak td.. sbelah mlm plg mencabar .. aaaaaaaaaaaaa memg tak nk tahan weyyyyyy .. lps mlm berakhir satu lg waktu yg sememangnya tak missed didatanginya.. waktu bgun pg ..

      Padam
    2. Saudari buat pengesahan perkahwinan d mhkmh syariah ..sah atau talk perkahwinan tu terpulg PD phj mhkmh..jgn tggu suami saudari dia hya ingin mgmbil kesempatan shj.

      Padam
    3. kepada yang ketagih, nasihat saya,

      fisrt sekali minta tolong pada Allah,

      kedua jangan putus asa

      ketiga ikhlaslah dalam melakukan semua ini

      keempat banyakkan istighfar, mungkin musibah ini tertimpa kerana dosa-dosa kita... :)

      Padam
  2. Saya punya masalah ketagihan seks yang sama, dan syukur pada permulaannya saya dapat berkahwin atas sebab kesedaran saya dan pasangan.

    Selepas beberapa lama, isteri saya semakin kurang melayani saya di ranjang menbuatkan kami sering bergaduh, kemudian saya mula beralih ke onani sambil menonton vid lucah, bersembang lucah bersama rakan chat, dan menghidu pakaian dalam wanita yang terlah dipakai, ada kalanya saya “ makan luar” bersama dengan beberapa teman chat yang sama2 ketagihan seks.

    Menyedari perhubungan seperti ini sukar kena perlu menjaga rahsia scandle dari pengetahuan pasangan, sy mula beralih kepada seks berbayar, setelah beberapa tahun, sy mula sedar saya punya ketagihan seks yang teruk dan ianya perlu di bendung.

    Saya mula menghentikan aktiviti seks berbayar dan hanya melakukan onani sahaja. Walaubagaimana pun, kehendak seks saya masih tinggi, saya mengajak pasangan saya berimagenasi bersama saya ketika melakukukan seks.

    Imegenasi tersebut semakin meliar higgakan kami berimpikan melakukan seks dgn orang lain, 3some, gangbang, atau cockhold.

    Kini saya merasakan ia semakin parah kerana semua imagenasi tersebut saya ingin melakukanya secara reality.

    Ketagihan seks ini amat meresahkan saya, kerana saya kerap terarah kepadanya walau di mana sahaja. Walaubagaimana pun saya adalah seorang suami, bapa,perkerja,dan muslim yang baik.

    Ketagihan ini amat mengganggu saya kerana saya kurang memberi tumpuan pada penbacaan saya kerana saya mempunyai hobi membaca. Telah beberapa kali saya cuba mencari sesuatu yang membolehkan saya tidak memikirkan mengenai seks semata2. Akan tetapi masih terarah ke arah itu,

    Kerap kali apabila terbaca atau terlintas mengenai tabiat buruk ini saya akan mula sedih dan berdoa agar saya kembali terarah kepada tabiat yang lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sedih membaca pengalaman2 mereka2 yg ketagihan seks kerana saya sgt2 memahami apa yg dirasai kalian semua, saya yg asalnya dilahirkan di dlm keluarga yg baik2 saya juga tidak pernah berbual dgn mana2 lelaki.. Apatah lagi mempunyai teman lelaki.. Tetapi setelah berumur 18 thn saya berkenalan rapat dgn sorg lelaki ni.. Dia mempunyai pengalaman hidup yg tragis dia mempunyai trauma seks pada waktu kecil dan menjadi ketagih sebelum ni dia pernah bersama dgn teman wanitanya yg lain dan setelah itu dia putus dan memilih jalan untuk berubah.. Pada awalnya niat saya nk mengubah dia kearah yg lebih baik.. Kerana berasa simpati dgn nasib hidupnya Tapi jadi sebaliknya.. Disebabkan saya yg ketika itu mempunyai perasaan ingin mencuba yg terlalu kuat akhirnya saya juga terlibat dlm hubungan yg tidak sihat bersama dia.. Dia seorg lelaki yg baik.. Dan hanya dia yg saya sentuh bagai tiada batas antara kami.. Saya dpt buat apa yg saya suka dgn dia.. Hubungan seks kami sudahpun mcm suami isteri.. Bila mahu solat.. Saya rasa saya tidak layak mengadap tuhan.. Jadi saya kerap meninggalkan ibadah wajib itu.. Kalaulah saya diberi peluang untuk memutarkan waktu.. Dan memperbetulkan kesilapan lalu.. Tapi dah terlambat.. Hidup harus diteruskan.. Saya cuma berharap hubungan kami dpt diakhiri dgn ikatan perkahwinan yg sah.. Mendapat zuriat yg baik2.. Dari talian hubungan yg halal.. Kerana saya rasa bagaikan tiada cara lain lagi untuk menghentikan hubungan seks diantara kami.. Kalau saya pilih untuk putus dgn dia saya takut kemungkinan saya akan jadi lebih rosak dgn bertukar2 pasangan seks di kemudian hari.. . Semoga tuhan memudahkan jalan kami untuk membina masjid bersama.. Doakan kami

      Padam
    2. Semua mereka yg ada masalah ini.. PM Saya ada penawarnya, moga mudah mudahan diberkati..

      Padam
  3. Semua bertaubat lah. Kite sam2 hentikan yg tak baik. Kits idup pun bukan selamanya, jd mesti kena taubat dan stop sblum mati. Assalamualaikum

    BalasPadam
  4. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "perangilah nafsu kamu dengan berlapar dan dahaga kerana pahalanya adalah seperti pahala orang yang berjihad dijalan Allah dan bahawa tidak ada amalan yang lebih disukai Allah selain daripada berlapar dan dahaga."

    Amalan berlapar itu ada beberapa faedahnya yang utama iaitu :

    1. Menjernihkan hati dan menajamkan akal, Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: "Barang siapa melaparkan perutnya nescaya besar fikirannya dan bijaksana hatinya."

    2. Menundukkan nafsu serta kehilangan perasaan bangga dan kegembiraan yang berlebihan yang menjadi sumber kejahatan dan kelalaian dari mengingat Allah SWT.

    Perang melawan nafsu adalah perang yang sangat² besar, sebab musuh kita tidak nampak tapi ada dalam diri kita,.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, harap mohoh memberi tips untuk berhenti membuat maksiat..

    Saya baru umur 21 tahun,telah melakukan maksiat sebanyak 11 kali bersama 11 pelacur yg berbeza. Bantu saya, apa yg patut saya buat, setiap kali saya maksiat, saya akan mandi wajib & solat taubat.. Saya dah Cuba bertahan selama 2 minggu, tetapi nafsu saya terlalu tinggi, sehingga hari ni saya Cuba cari Jalan lain, iaitu dng melancap sambil me lihat video lucah secara sembunyi sembunyi.. �� Saya tahu setiap kali kita melakukan dosa maksiat secara sembunyi-sembunyi, segala semua amalan pahala kita akan hilang, dari kita start lahir hingga lah hari kita maksiat sembunyi sembunyi, yg tinggal hanya dosa kita aje yg x hilang.. Tapi kenapa saya masih melakukan lagi.. Saya harap Allah memberi saya Jalan & hidayah..

    Saya dah x tahan untuk bergelut dlm dunia maksiat ini..

    Kalau Jalannya kawin, saya masih x mampu dari segi harta.

    Kalau puasa, saya akan Cuba start esok.. Doa kan saya berubah menjadi hamba Allah yg bertaubat.. Doa kan saya mati dalam iman...

    Sebenarnya saya dari zaman sekolah lagi sudah ketagih video lucah dan onani.
    Mungkin sebab itu saya berani melakukan maksiat bersama pelacur. Baru baru ni hati saya dah terdetik untuk melakukan maksiat lagi dengan cara yg lebih ekstrem.. Iaitu melakukan dng sekali 2 orang perempuan.. Harap niat saya utk melakukan maksiat ini dapat terpadam Dan di halang sebab setiap kali saya niat utk melakukan maksiat, mesti saya akan buat.. Doa kan saya supaya di beri kan Jalan penyelesaian.

    Terasa hati semakin gelap..
    Saya harap saya dapat lari dari dunia maksiat ini selamanya.

    Sekian Asalamualaikum.

    BalasPadam
  6. Sesiapa yang ingin meluahkan masalah bole ke fb: Pendengar Setia.. privacy anda dijaga. Jangan biarkan hidup anda diselaputi masalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali kenal dia..sy diperdayakan..sy dirogol oleh dia..dia inginkan seks daripada saya..dia telah pakse sy melakukan seks lagi..apa perlu sy buat untuk dia tidak mengaibkan sy dengan alasan dia dh nodai sy..walaupun tanpa kerelaan sy..

      Padam
    2. Assalaamu'alaikum w.b.t... Anda tidak berani laporkan kepada POLIS? Atau sekurang2nya anda cari siapa2 yg boleh melindungi anda. Lagi pun anda tidak bersalah kalau benar dirogol ... maaf kalau cadangan tidak sesuai. Semoga Allah memudahkan urusan anda, amiin ...

      Padam
  7. sy telah berkahwin selama 11 tahun....namun nafsu seks sy semakin meningkat....lebih parah lagi apabila nafsu tersebut sy lepaskan dengan pelbagai cara dan kaedah supaya sy mendapat kepuasan.....x pasti sampai bila keadaan sebegini akan berlaku kerana sy x boleh berhenti secara drastik dari memikirkan tentang seks

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum...ada x doa utk merawat kekasih yg ketagih seks?setiap kali nak brsembang msti dia nak ckp bnda2 yg lucah dn kotor.sy trlalu sygkn dia dn sy nak dia jd normal mcm lelaki lain yg blh brsembang pelbagai topik dan cerita.tp klu asyik nak cerita psal bnda2 lucah sy pun naik rimas.mohon bantuan...bg sy perwatakan dia sgt x normal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalaam w.b.t.... Doa dengan betul2 ikhlas dan pasrah pada ALLAH je. Yang penting kesungguhan kita berdoa padaNya. Puji Dia banyak2 dulu sebelum berdoa, dan jangan lupa solawat pada Nabi Muhammad S.a.w, kerana tanpa solawat mungkin DOA akan TERHIJAB.

      Ya bukan senang nak capai tahap sungguh2, saya sendiri pun bukan sentiasa mampu. tetapi kadang2, pernah kalau waktu dapat capai tu, seperti terasa dimakbulkan terus. Tetapi banyak juga lah yang seperti x diterima, atau mungkin Allah beri dalam bentuk lain, siapa tahu kan. Kerana kata Allah, Dia akan "astajib lakum" (aku akan mustajabkan bagi kamu semua). Yang penting BERDOA.

      Dan penting juga peranan kita padanya. Kita lah yang patut TENANGkan dan Neutral kan dirinya. Setakat yang berhikmah yang mampu. Semoga Allah membantu anda dan semua yang lain. Amiin ya Hayyu ya Qayyuum ....... :-)

      Padam
  9. Sy tak faham asal brcinta msti laki ajak buat sek dulu. Kenapa ya? Sy tak tak prnah ingin lakukannnya. Msti dia yg mula dulu dri ciuman dan seterusnya smpai pikiran sy melayang dan tak dpt kawal krana nafsu dia kuat sgt. Kdg2 sy tak suka. Dia hanya kata untuk menyemaikan cinta kta. Adakah begitu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyemai cinta?itu hanya dusta belaka,jgn percaya!

      Padam
    2. Eh tp betullah,menyemai benih cinta,berupa anak dlm kandungan

      Padam
  10. aq rasa aq menghidap 'penyakit' seperti ini. aq dah berpunya tetapi kdg2 nak ajak partner cari lain litefun. Aq perlukan kaunseling dan sharing mcm nak perbaiki 'penyakit' ini. 0143684308 dan myreflection96 (LINE). Jasamu dikenang. (Serious talk only)

    BalasPadam
  11. sedaya upaya jaga hubungan dengan allah dari solat,pemakanan,pendengaran,padangan,kelakuan hati stelah itu nikah..insyallah akan hilang keinginan yg haram...sya ckp atas dasar pengalaman saya. wallahualam

    BalasPadam
  12. nak tanya jika melakukan seks tak lebih dri 1minit memang nda keluar darah kan ?

    BalasPadam
  13. Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun.secara jujur isteri saya bukan la jenis baik sgt.masa berkenalan lg memang dia sorg yg suka bersosial.kuat merokok dan kaki minum.berkali2 melakukan seks bebas samada dgn saya atau kawan2 yg lain.
    Lepas kawin pun masih tak berubah.mula2 rasa mcm saya suami yg sporting.pernah bersama pergi cubing menari berpelukan dgn lelaki2 lama kelamaan semakin boring.kalau dia tak balik rumah tu makna nya dia mabuk la tu dan tido rumah kawan.dan tentu ya buat seks.kawan2 perempuan dia 2 3 orang dh jadi isteri orang tapi memang jenis kaki clubbing.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.