Ahad, 5 Jun 2011

Rusia perkenal kewangan Islam

KAZAN, Rusia 5 Jun - Rusia berharap akan dapat menarik modal daripada kalangan ahli perniagaan Arab dengan memperkenalkan kewangan Islam iaitu pelancaran bon Islam sukuk.

Bon itu dikeluarkan oleh penduduk Islam Rusia di Tatarstan, wilayah Volga yang bertujuan menarik pelaburan asing.

“Rusia akan memastikan bahawa ia cukup menarik bagi negara-negara Islam,” kata Linar Yakupov yang terbabit dalam projek tersebut.

“Pada masa ini perbankan Islam tidak dapat dilaksanakan di Rusia kerana undang-undang yang tidak mengambil kira larangan yang ditetapkan Islam di dalam Al-Quran,” katanya.

Sukuk pertama yang dikeluarkan oleh Tatarstan akan dilakukan pada 20 Jun ini.

“Sukuk ini dijamin oleh kerajaan Tatarstan, pengendalinya akan beribu pejabat di Luxembourg dan kami yakin pasaran antarabangsa bersedia untuk membelinya,” kata Yakupov.

[Utusan Malaysia, via AFP]


Semoga pihak Rusia ikhlas dan tidak ada selindung atau muslihat yang tidak baik untuk menarik orang-orang Arab Islam. 

1 ulasan:

  1. Zaman sekarang ini memang sukar untuk mengenalpasti mana yang benar dan betul2 ikhlas DAN mana yang mempunyai niat atau muslihat atau agenda yang tidak baik.

    Hanya jauhari yang mengenal manikam.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.