Sabtu, 18 Jun 2011

Purata 17 kematian sehari di jalan raya tahun 2010

BERA 18 Jun - Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.

Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

"Walaupun banyak usaha dilakukan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini, namun perangkaan kecelakaan masih tinggi dan membimbangkan," katanya ketika berucap pada program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Purun, di sini hari ini.

Solah berkata di Pahang, sebanyak 17,315 kes kemalangan jalan raya dicatatkan tahun lalu dengan 492 kes kemalangan maut membabitkan 574 kematian.

"Daripada jumlah itu juga sebanyak 446 kes mengakibatkan kecederaan parah manakala 786 cedera ringan," katanya.

[Berita Harian]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.