Sabtu, 18 Jun 2011

Lelaki dengan tumor besar pada kaki seberat 80kg

Nguyen Duy Hai, 31, membuat rayuan bagi mengumpul dana untuk merawat ketumbuhan yang ada padanya yang mempunyai berat 80kg dan selebar 1 meter.

Lelaki Vietnam itu mempunyai ketumbuhan @ tumor yang mungkin adalah yang terberat dan terbesar pernah terjadi.

Lelaki dengan tumor besar pada kaki seberat 80kg

Begitu tabahnya, dia masih mampu lagi untuk tersenyum, walaupun dugaan yang diterimanya itu amat berat. Tumor itu membesar di kaki kanannya sejak dia lahir lagi.

Walaupun telah dipotong pada bahagian lututnya sejak 14 tahun lalu, beliau masih mempunyai pertumbuhan 1 meter lebar.

"Saya tidak boleh berbuat apa-apa, saya hanya boleh duduk dan berbaring," katanya di rumahnya di bandar Da Lat di Tanah Tinggi Tengah negara.

Tumor itu adalah yang terbesar pernah dicatatkan di Vietnam, Vu Van Thach, ketua jabatan pemeriksaan hospital ketumbuhan Hanoi, memberitahu agensi akhbar Jerman DPA.

"Ia satu rekod setakat yang kita tahu," katanya.
Nguyen Duy Hai dengan tumor 80kg
Keluarga Hai terlalu miskin untuk membayar pembedahan lain selepas amputasi pada tahun 1997 gagal untuk menghentikan pertumbuhan, dan kini dia merayu untuk dana bagi memberi bantuan perubatan.

Beliau hidup di bawah jagaan ibunya yang berusia 61 tahun.

Ketumbuhan ini bukan kanser dan mungkin disebabkan oleh mutasi genetik, doktor Vu Van Thach berkata.

"Jika ia adalah malignan dia tidak akan hidup lagi sekarang," katanya.


[News.com.au]


Semoga Allah membantu menyembuhkan penyakitnya dan meringankan beban yang ditanggung, dengan adanya ramai orang yang akan menghulurkan derma dan apa saja pertolongan yang sesuai untuknya. Apa-apa pun semoga dia mendapat yang terbaik dari Tuhan, amin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.