Ahad, 19 Jun 2011

Bahaya mandi paip ketika berlaku ribut petir

Sepanjang hidup anda, anda mempunyai 1 dalam 600,000 peluang untuk dipanah petir, menurut NWS (National Weather Service). Seperti yang anda jangkakan, majoriti panahan petir berlaku ke atas orang-orang yang berada di luar suatu tempat.

Walau bagaimanapun, ia mungkin juga akan melanda ketika anda berada dalam suatu tempat. NWS mengatakan ia sememangnya mungkin akan terjadi semasa mandi (shower) kerana kilat boleh bergerak melalui paip anda.

John Jensenius dari NWS mencadangkan anda "tunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas petir yang terakhir anda dengar sebelum mandi."

Lain-lain cara yang berpotensi seseorang boleh dipanah petir semasa di dalam suatu tempat ialah;

- Basuh pinggan

Menggunakan sinki yang berisi air mendatangkan masalah yang sama seperti mandi. Malah, dengan menggunakan mana-mana bahagian paip rumah anda adalah berisiko semasa ribut petir.


- Telefon

Jika anda masih mempunyai telefon kabel, jangan gunakan ia ketika berlaku petir.


- Dalam kereta

Anda harus selamat berada dalam kereta, tetapi jangan menyentuh apa-apa logam.

Langkah-langkah keselamatan lain untuk diambil apabila berada di dalam rumah termasuklah unplug (cabut wayar) komputer, penghawa dingin, dan peti sejuk untuk mengelakkan kerosakan mendadak.

[Shine]


Apabila berada di luar rumah pula, antara yang perlu diberi perhatian ialah;

- Jangan berada di tempat terbuka, terutamanya di tempat-tempat tinggi, kerana kilat petir akan menyambar suatu yang lebih tinggi dulu.

- Jangan sentuh benda-benda logam dan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

- Jika anda seorang nelayan, jangan ke laut.

- Jangan berlindung di bawah pokok-pokok besar dan tinggi, kerana pokok juga mudah disambar petir.

- Jika anda berkhemah, ianya juga bahaya kerana khemah biasanya mempunyai tiang yang dibuat dari logam.

- Jangan gunakan alat-alat elektrik dan sewaktu dengannya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.