Rabu, 13 April 2011

Rusa berkawal menjaga angsa yang bertelur di kuburan

Seekor rusa telah berkawal menjaga seekor angsa betina yang sedang mengeram selama beberapa hari lebih di sebuah kubur bandar, New York,, adegan aneh yang biasanya berlaku dalam cerita animasi dan filem kanak-kanak.

Untuk sekurang-kurangnya empat hari, rusa jantan aneh itu berjaga-jaga dekat sarang angsa Kanada ketika ia duduk di atas telurnya di dalam bekas abu mayat besar di pemakaman Forest Lawn, rumah kepada arwah Presiden Millard Fillmore dan ikon rock Rick James.

Pakar hidupan liar Universiti Cornell iaitu Paulus Curtis berkata rusa dan angsa biasanya tidak mempedulikan antara satu sama lain.

Pekerja di pemakaman itu mula menyedari situasi ini selepas rusa itu memposisikan diri antara burung dan seorang pekerja syarikat yang memerangkap dan memindahkan angsa tersebut.

Tidak dapat dipastikan adakah rusa itu tahu yang angsa itu bertelur, dan apa tujuan sebenarnya berkawal di situ. Cuma yang nampaknya, dia seperti berkawal angsa yang sedang bertelur itu.  Adakah mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain?  Dan adakah rusa itu akan pergi dari situ selepas telur-telur angsa itu menetas? .......


Sumber - Reuters , 8 April 2011


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.