Rabu, 13 April 2011

Lady Gaga jatuh terlentang dalam sebuah konsert pula

Baru lagi gempak dengan berita Lady Gaga jatuh terduduk kerana memakai kasut tumit yang terlampau tinggi (high heel), kali ini kecoh pula dengan Lady Gaga jatuh terlentang sewaktu membuat persembahan dalam konsertnya di Houston, Texas, AS.

Rakaman video oleh salah seorang penonton konsert beliau itu telah tersebar luas di rangkaian sosial seperti Youtube, Face book dan Twitter.

Penyanyi itu, memakai kasut but lutut Stilletto tinggi, sedang berdiri di atas piano dengan satu kaki di bangku dan kononnya sedang memetik gitar udara (air guitar) ketika dia tergelincir.

Walaupun berakhir terlentang di lantai, Gaga langsung tidak berhenti menyanyi dan meneruskan sahaja lagunya You And I , serta berlagak kononnya tidak berlaku apa-apa.

Video kejadian itu ditangkap oleh seorang peminatnya iaitu Eric Souknary, 18.









Beginilah artis popular yang dah banyak merosakkan akhlak anak-anak muda sekarang ini, selalu sahaja jatuh di khalayak ramai.  Mungkin warning bagi dia, tapi tetap tidak sedar-sedar.  Semoga dia diberikan hidayah lah , kita doakan saja .......


~ Berita aneh, konspirasi, misteri dan unik ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.