Pengasas Youtube iaitu Chad Hurley and Steve Chen telah membeli Delicious (salah satu servis bookmarking dalam internet) dari Yahoo, dalam usaha untuk memajukan projek akan datang mereka iaitu Avos. Tetapi berapa nilai yang mereka beli belum lagi didedahkan.
Delicious telah dibeli pada tahun 2005 oleh Yahoo. Kemudian pada akhir tahun 2010, Yahoo mengambil keputusan untuk menjualnya atau menutupnya terus jika tiada siapa yang ingin membeli.
Sekarang ini Hurley dan Chen telah mengambil alih Delicious sebagai sebahagian dari teknologi yang akan menguatkan syarikat mereka nanti iaitu Avos. Tiada maklumat lanjut lagi berkenaan apa yang akan dilakukan oleh Avos nanti.
"Kami melihat kesempatan yang luar biasa untuk memudahkan cara pengguna menyimpan dan berkongsi kandungan yang mereka dapati di mana-mana laman web," kata Hurley.
Hurley dan Chen telah menjual Youtube kepada Google pada tahun 2006 dengan harga USD$1.76 bilion (£1.06bn). Steve Chen kemudiannya meninggalkan Youtube pada tahun 2008 dan Chad Hurley berhenti kerja dengan Google pada akhir tahun 2010.
Delicious akan terus dalam bentuk yang sekarang sehingga Julai 2011. Pengguna diminta untuk login ke perkhidmatan ini dan bersetuju untuk membiarkan Yahoo memindahkan akaun mereka kepada pemilik baru.
[BBC]
Tidak mustahil Google sekarang ini sedang memerhatikan pergerakan mereka dan melihat perkembangan Avos nanti. Dan jika Avos akan mendatangkan hasil yang lumayan dan sesuai dengan kehendak Google, maka akan dibelinya pula Avos. Biasa lah kan pakcik Google kita tu :)
Tidak mustahil Google sekarang ini sedang memerhatikan pergerakan mereka dan melihat perkembangan Avos nanti. Dan jika Avos akan mendatangkan hasil yang lumayan dan sesuai dengan kehendak Google, maka akan dibelinya pula Avos. Biasa lah kan pakcik Google kita tu :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)