Rabu, 20 April 2011

Masjid Unisza, Kuala Terengganu, Terengganu

Masjid Unisza and the moon
Gambar Masjid Unisza (Kusza) dan bulan - Night shot


Masjid Unisza @ Universiti Sultan Zainal Abidin (nama baru bagi Kusza) terletak di dalam kampus Unisza, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Orang-orang luar pun boleh masuk solat di situ, ianya hanya di tepi jalan besar di kampung Gong Badak, berhampiran dengan kem Polis Gerak Am.  Jaraknya dari pusat bandaraya Kuala Terengganu lebih kurang 16km.


Masjid Unisza
Gambar Masjid Unisza dan pokok-pokok bonsai - in HDR

Tempat solat dalam masjid ini ada 2 tingkat. Pada waktu biasa, tingkat atas adalah untuk kaum wanita. Melainkan pada waktu solat Jumaat, kedua-dua tingkat dikuasai kaum lelaki :D

Masjid Unisza
Gambar Masjid Unisza dan pokok-pokok pisang kipas - in HDR

Taman di sekitar masjid ini pun cantik, selalu dijaga dan dibersihkan oleh pekerja-pekerja pembersih di Unisza.  Pokok Pisang Kipas pun ada di samping banyak pokok bonsai.

Gambar pandangan depan simetri Masjid Unisza - in HDR


Gambar Bougainvilla (bunga kertas) dan bokeh kubah masjid unisza

Masjid ini juga sentiasa aktif dengan kuliah-kuliah ilmu agama terutamanya dari pensyarah-pensyarah Unisza sendiri. 


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.