Rabu, 20 April 2011

Masjid Kristal, Kuala Terengganu, Terengganu

Masjid Kristal and the moon
Masjid Kristal dan bulan - Night shot

Masjid Kristal terletak di dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu.  Hanya lebih kurang 1km dari Muzium Negeri Terengganu. Di tepi masjid ini ada laluan sungai ke muara.  Boleh juga melihat jambatan Sultan Mahmud merentasi sungai yang tidak jauh juga dari sini.


Masjid Kristal dan bulan , dengan air pancut - Night shot


Tips Fotografi - Bagaimana untuk mendapatkan blue tone (tone biru) pada langit di waktu malam?  Saya rendahkan nilai Kelvin pada setting White Balance di dalam kamera kepada 2700. Nilai Kelvin semakin rendah bermakna semakin sejuk warna kerana Kelvin adalah pengiraan kepada Colour Temperature (Suhu Warna).  ;)



Sunrise di Masjid Kristal




Masjid Kristal pada waktu tengahari


Bunga Spider Lily dan bokeh kubah Masjid Kristal


Masjid yang menelan belanja sebanyak 200 juta ini dibina dari bahan kaca dan keluli. seluas 2,146 meter persegi. Boleh menampung seramai 700 jemaah dalam satu masa. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dengan dilengkapi prasarana Teknologi Maklumat dan WiFi, yang membolehkan pengunjung mengakses Alquran digital dari internet.  Juga ada kemudahan-kemudahan lain yang moden seperti penghawa dingin, tempat mengambil wudhuk automatik dan sebagainya.


Masjid Kristal dilihat dari Pulau Duyong - Night shot

Signboard Allah Peliharakanlah Terengganu dan Masjid Kristal
Signboard Allah Peliharakanlah Terengganu pada Bukit Besar dan Masjid Kristal di waktu malam


Malangnya, masjid ini tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat, dan jemaah yang biasa ada di masjid ini untuk bersolat pun biasanya hanya beberapa orang sahaja.


Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Foto landskap, Long exposure pictures

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.