Selasa, 8 Mac 2011

Pantai Pandak, Kuala Terengganu, Terengganu

Malam cemerlang, gemilang dan terbilang di pantai Pandak - Night shot

Pantai Pandak terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, berhampiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia.  Juga tidak jauh dari Masjid Kuala Ibai, dalam 2km sahaja. Sebuah pantai yang mula jadi tumpuan orang ramai untuk berkelah, mandi-manda, berfotografi dan camam-camam lagi.  Antara tumpuan yang paling menarik di sini ialah pantainya yang landai dan berbatu-batu. Formasi batu-batunya pula seolah-olah batu-batu di tepi pantai Australia.

Pantai Pandak pah ceroh


Star trails dan ombak berkabus di pantai Pandak - Night shot


Ombak menyerbu di pantai Pandak


Star trails at pantai Pandak picture
Star trails / Jejak bintang di pantai Pandak - Night shot


Sunrise at pantai Pandak picture
Sunrise dan ombak menyerbu di pantai Pandak - 30 jan 2010


Solid determination



Kamera dan tripod di pantai Pandak - Night shot


Tiga batang pokok kelapa dan reflection di pantai Pandak




Cahaya cinta di pantai Pandak



Malam yang simple di pantai Pandak - Night shot


Wonderful night


Lokasi ini juga sesuai dan biasa dijadikan oleh fotografer-fotografer gambar kahwin untuk membuat sessi outdoor. Begitu juga untuk shoot gambar-gambar model. Saya pun hentam sekali la ketika ada peluang baru-baru ni.

Lihatlah ketekunan dan kesungguhan Ahmad Azahari untuk shoot model (ntah model betul ke atau memang saja minat untuk jadi model). Ahmad Azahari juga merupakan seorang otai gambar kahwin, kalau nak booking dia pun boleh.


Posing di celah batu. Mujur lah si model bertudung dan menutup aurat jugalah, alhamdulillah.  Jika model tidak menutup aurat dan seksi, saya pun tidak ada masa untuk shoot, sori.


Aksi Yoga oleh Puteri Raudhah, dengan kasi efek 'Out Of Bound'.   Terima kasih kepada Abdul Manaf Yassin kerana memegang off camera flash.


Antara kemudahan awam asas yang disediakan di sini iaitu tempat parking kereta, tong sampah, tempat rehat. Dan sekarang ini semakin ramai yang membuka gerai jualan di sini, mungkin kerana bilangan pengunjung semakin bertambah.


Untuk mandi-manda, dinasihatkan hanya mandi di sebelah pantai yang landai, kerana amat merbahaya untuk mandi di bahagian pantai yang berbatu. Sudah banyak kejadian yang meragut nyawa di kawasan berbatu tersebut, na'uzubillah.



Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Gambar pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.