Khamis, 10 Mac 2011

Masjid Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

Masjid Kuala Ibai @ Masjid terapung pada waktu malam selepas maghrib

Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Kuala Ibai ialah masjid terapung yang pertama dibina di Malaysia.  Letaknya di kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu. Arkitek utama masjid ini ialah Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah iaitu anak kelahiran negeri Terengganu sendiri.

Ia bukanlah betul-betul terapung di atas air, tetapi kelihatan seperti terapung. Ia telah dibina pada September 1991 dan telah siap pada pertengahan Januari 1994 , dan menelan belanja sebanyak RM6.997 juta. 


Masjid Kuala Ibai dan rerumput di dalam air - Night shot


Masjid Terapung Kuala Ibai dan bulan. Night shot pukul 3 pagi

Masjid ini adalah inspirasi dari Almarhum Sultan Terengganu iaitu Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Ia dinamakan sempena nama ibunya iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

Masjid ini diletak dalam taman yang cantik dan berhampiran dengan lagun dan pantai yang cantik dan banyak subjek menarik juga. Kemudahan-kemudahan awam asas cukup banyak di sini, usah dikhuatirkan insyaAllah :)



Mari melawat Terengganu, Cuti-cuti Malaysia, Night shot, Gambar masjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.