Jumaat, 8 Januari 2010

Penelan pedang ter hipnotis dirinya di depan cermin

Seorang ahli sarkas berdiri tidak sedarkan diri selama berjam-jam selepas dia menghipnotis / memukau dirinya sendiri ketika berlatih di depan cermin.

Hannibal Helmurto yang biasa beraksi di pertunjukan sarkas sebagai penelan pedang, berusia 38 tahun, yang nama aslinya adalah Helmut Kichmeier, berdiri terpaku di depan cermin selama lima jam sehingga isterinya Joanna menemuinya.

Tidak dapat membangunkannya, Joanna terpaksa menelefon mentor suaminya, seorang hipnoterapis iaitu Dr Ray Roberts, yang melatih dia di sebuah kursus intensif baru-baru ini.


Dr Roberts bercakap dengan Helmut melalui telefon dan dia perlahan-lahan keluar dari alam bawah sedarnya. Helmut berkata orang yang di hipnosis hanya akan respon kepada suara mereka yang ahli sahaja.

Joanna, 22, berkata: "Saya benar-benar terkejut ketika menemuinya, dia hanya seperti zombie yang menatap dirinya di depan cermin.

Helmut, yang telah membuat persembahan sarkas di Circus of Horrors selama empat tahun, baru-baru ini belajar bagaimana kaedah menghipnotis diri - untuk membolehkan dia menelan beberapa pedang di pertunjukan sarkas.

Dia yang berasal dari Jerman tetapi sekarang tinggal di London, berkata, "Saya telah memandang rendah pada teknik itu dan betapa kuatnya ia. Saya menempatkan diri dalam keadaan yang sangat mendalam dan kehilangan kesedaran waktu di sekitar saya. "


Via - DailyMail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.