Isnin, 18 Januari 2010

Penduduk Haiti berperang dan membunuh untuk makanan, air dan ubat-ubatan

Lebih dari 30 gempa susulan telah menggoncang bandar di Haiti dalam gempa bumi baru-baru ini. Para pemimpin dunia telah melangkah ke depan dan menjanjikan bantuan untuk membina semula Haiti yang telah ranap, tetapi di jalan-jalan ibukota yang rosak akibat gempa, mereka yang selamat masih menunggu pada hari Minggu untuk makanan, air dan ubat-ubatan asas.

Sekumpulan lelaki dan kanak-kanak menonton mayat yang berlumuran darah yang disyaki pencuri dipukul secara brutal oleh seorang lelaki dengan kayu.



Mangsa itu dalam keadaan bogel dan terikat pada tangan dan kaki. Ini merupakan antara siri gambar terbaru yang mengerikan dari negara dimana anarki mengancam untuk menggoyang upaya bantuan berikutan kejadian gempa bumi Selasa lalu.



Sementara itu, ketakutan terus menyelubungi keselamatan bangsa itu dengan kekerasan merajalela dimana pencuri dan perompak menggeledah bangkai kedai dan membawa pergi apa pun yang mereka boleh dapati.

Perompak memangsa mereka yang selamat yang berjuang tanpa bekalan di kem-kem kecemasan di pinggir jalan yang dipenuhi dengan runtuhan dan mayat-mayat membusuk.

Pertengkaran berlaku di kalangan kumpulan-kumpulan perompak yang membawa pisau, parang, tukul, batu dan sebagainya. Ramai yang berteriak di dalam bandar meminta makanan, menjenguk-jenguk ke dalam kereta dan bertempiaran kerana gegaran susulan dan keganasan.

Ramai juga orang yang memenuhi lapangan terbang berharap untuk naik ke atas pesawat yang meninggalkan bungkusan kepada rakyat Haiti. Presiden Barack Obama berjanji untuk membantu setelah Menteri Luar Negeri AS Hillary Clinton terbang ke Haiti, di mana kerajaan Haiti yang sudah goyah itu memberikan Amerika Syarikat kawalan ke atas lapangan terbang utama untuk memandu bantuan penerbangan dari seluruh dunia.

Sila baca juga Gempa bumi di Haiti buatan Amerika Syarikat?









Satu pasukan pencari Russia mengatakan ketidak-amanan umum itu memaksa mereka untuk menghentikan usaha penyelamatan mereka apabila malam tiba.

Setakat ini para petugas penyelamat terus mencari orang yang masih hidup di dalam timbunan runtuhan.

Haiti adalah negara termiskin di Hemisfera Barat dan telah beberapa dekad dilanda dengan ribut teruk, banjir dan pergolakan politik. Sekitar 9,000 pasukan penjaga perdamaian PBB (UN) telah memberikan perlindungan di sini sejak pemberontakan menggulingkan seorang presiden pada tahun 2004.

Misi PBB yang bertanggungjawab atas keselamatan di Haiti kehilangan sekurang-kurangnya 40 dari 9,000 orang ahli ketika markas runtuh dalam gempa bumi pada hari Selasa. PBB mengesahkan bahawa ketua misi di situ, Hedi Annabi Tunisia, dan wakilnya, Brazil Luiz Carlos da Costa telah meninggal dunia.








Via - Daily Mail , Gulf News , Reuters

3 ulasan:

  1. Ya Allah, n3 nih betul2 buat akak sedar betapakah kurangnya aka bersyukur selama ini.. Astagfirullah...

    BalasPadam
  2. Salaam. Sama lah kita wahai akak Finaz, manusia yang sentiasa lalai dengan kehidupan DUNIA ini

    Walaubagaimana pun, semoga kita TIDAK TERLALU hanyut, amiin , jazaakillahi khoir :)

    BalasPadam
  3. Salaam. Sama lah kita wahai akak Finaz, manusia yang sentiasa lalai dengan kehidupan DUNIA ini

    Walaubagaimana pun, semoga kita TIDAK TERLALU hanyut, amiin , jazaakillahi khoir :)

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.