Jumaat, 8 Januari 2010

Pelacur saman sekolah

Gara-gara kuat ponteng sekolah dan kemudiannya menjadi mangsa barua dan dijadikan sebagai pelacur, seorang wanita Belanda menyaman sekolahnya kerana kononnya tidak menghalang dirinya daripada menjadi seorang pelacur.

Ianya adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana bukan pihak sekolahnya yang memaksa dia menjadi pelacur, bahkan dia telah diberikan akal untuk memilih jalan hidupnya.

Tuntutan pampasan oleh Maria Mosterd terhadap sekolah Thorbecke di bandar Zwolle, wilayah Overijssel, Netherlands ditolak selepas dia menuduh mereka gagal dan tidak menghalang dia daripada menjadi seorang pelacur.

Wanita berusia 20 tahun itu telah menulis sebuah buku tentang pengalamannya dalam industri seks selepas itu, dia menyatakan, dia telah dibawa lari dari sekolahnya oleh barua-barua dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan bermacam lelaki untuk mendapatkan wang.

Lucie Mosterd ibunya berkata: "Ini berlaku di banyak sekolah dan tidak ada yang bertanggung-jawab untuk itu."

Mahkamah daerah Zwolle menolak tuntutan itu dan mengatakan bahawa pihak sekolah telah cuba menghubungi Lucie tentang pemontengan oleh anak perempuannya itu.

Keluarga yang mendakwa bahawa mereka hanya ingin meningkatkan kesedaran tentang situasi seperti ini sekarang mempertimbangkan untuk menarik balik kes.


Via - STV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.