Jumaat, 8 Januari 2010

Masalah ketika menaip dengan keyboard laptop

Salaam. Adakah anda pernah menghadapi masalah ketika menaip dengan laptop anda? Masalahnya seperti ketika anda asyik menaip, tiba-tiba perkataan keluar dalam perenggan yang telah lepas dan bukannya di tempat anda menaip itu. Ini menyebabkan anda perlu delete beberapa perkataan yang sudah terlajak taip itu dan mengubah cursor ke tempat yang anda sedang menaip semula.

Jika anda juga mengalami masalah sebegini, berkemungkinan kerana touchpad laptop anda tidak diinstall dengan driver nya. Itu lah yang dihadapi oleh saya yang menyebabkan saya buntu, kerana ianya berlaku selepas saya menginstall Windows 7 Ultimate ke dalam laptop Dell Vostro V13 saya ini. Saya menyalahkan Windows tersebut dan mengesyaki ianya telah dimasuki virus, tetapi sangkaan saya meleset.

Selepas saya membaca forum-forum dari luar negara dan lakukan trial and error, rupa-rupanya masalah saya berkaitan dengan touchpad masih tidak ada driver.

Selepas saya install driver untuk touchpad laptop ini, masalah menaip seperti di atas tidak ada lagi, alhamdulillah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.