Berita Terkini

Kisah Khalifah Umar meronda malam dan ternampak orang Berzina

Khat Umar ibnu al-Khattab
Diriwayatkan bahawa Umar r.a berjalan meronda pada suatu malam di Madinah. Lalu beliau ternampak seorang lelaki dengan seorang wanita berbuat keji (berzina). Tatkala telah pagi hari, maka beliau berkata kepada orang-ramai, "Apakah pendapat kalian jikalau Imam (khalifah) melihat seorang lelaki dengan seorang wanita berbuat serong? Lalu dia menegakkan hukum seksaan kepada kedua orang itu. Apakah kamu tidak akan melakukan-nya?"

Orang-ramai menjawab, "Sesungguhnya engkau itu imam!"

Lalu Ali r.a menjawab, "Tidaklah yang demikian itu hak engkau. Tetapi hukum seksaan itu akan dijatuhkan ke atas engkau. Kerana Allah tidak meletakkan kepercayaan pada urusan ini, kurang daripada 4 orang saksi."

Kemudian Umar r.a membiarkan orang-ramai itu, masya Allah, membiarkan mereka itu bertukar fikiran. Kemudian dia bertanya lagi. Orang-ramai itu menjawab seperti jawapan pertama. Lalu Ali r.a berkata seperti jawapan-nya yang pertama juga.

Ini menunjukkan bahawa, Umar r.a bimbang tentang wali negeri (penguasa), adakah baginya melakukan hukum mengenai hukuman yang ditetapkan Allah, dengan pengetahuan-nya seorang sahaja? Maka kerana itulah, dia bertanya kepada orang-ramai itu, dalam bentuk perumpamaan. Tidak dalam bentuk menerangkan apa yang terjadi.

Kerana takut, dia tidak berhak yang demikian, lalu dia menjadi penuduh orang berzina, jika menerangkan-nya.

Dan cenderunglah pendapat Ali r.a, bahawa Umar r.a tidak berhak ke atas yang demikian itu. Ini adalah dalil terkuat atas tuntutan agama untuk menutup perbuatan-perbuatan yang keji. Dan sesungguhnya perbuatan yang paling keji ialah zina. Dan zina itu memerlukan kepada 4 orang saksi yang adil, yang menyaksikan sedemikian, dari lelaki kepada wanita, seperti tangkai celak masuk ke dalam botol celak. Dan hal yang sebegini tidaklah akan ditemui sama sekali.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, kitab Halal dan Haram]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.