Hamas kembali memberikan kejutan baru kepada penjajah Zionis dengan pesawat mata-mata buatannya yang diberi nama Ababil 1. Pesawat tanpa pemandu (drone) ini berjaya menyusup jauh di wilayah musuh hingga Tel Aviv dan terbang di atas bangunan Kementerian Perang pihak Zionis, demikian lapor laman web rasmi sayap tentera Hamas, alqassam.ps (14/7/2014).
Pihak Hamas sendiri telah berjaya membuat pesawat tanpa pemandu dengan 3 jenis. Jenis pertama A1A bertugas untuk melakukan pengintipan, jenis A1B bertugas untuk melakukan serangan, sedangkan jenis A1C direka untuk melakukan serangan bunuh diri.
Dan di pagi hari Isnin (14/7/2014) sejumlah pesawat mata-mata Hamas melakukan misi pengintipan 3 kali yang dilakukan lebih dari satu pesawat. Dalam misi pengintipan ke dua dan ke tiga Hamas kehilangan hubungan dengan salah satu pesawatnya.
Laman berita Zionis, Arutz Sheva 7 (14/7/2014) sendiri menyebutkan bahawa pesawat tanpa pemandu diketahui telah menyusup di wilayah Ashdod. Pihak penjajah pun perlu mengerahkan peluru berpandu Patriot untuk menjatuhkannya.
[Hidayatullah.com]
Angkatan bersenjata Israel mengumumkan berjaya mejatuhkan sebuah drone yang berasal dari Jalur Gaza pada Isnin (14/07).
BalasPadamJurucakap tentera Israel mengatakan "drone dilancarkan dari Jalur Gaza dan berhasli ditembak jatuh peluru berpandu Patriot dekat bandar Ashdod di Israel selatan."
Akhbar Haaretz menyatakan "pesawat tersebut membawa sejumlah bahan letupan," ujar saksi yang mendengar suara letupan di dekat tempat kejadian.