Berita Terkini

Kisah al-Miqdad ibnu Amru memarahi orang yang Berangan Mahu Hidup di zaman Nabi

Arab berkuda
Secara ringkas mengenai al-Miqdad ibnu Amru a.s

al-Miqdad ibnu Amru a.s adalah salah seorang sahabat Nabi S.a.w yang mula-mula memeluk Islam (as-Saabiquun al-Awwaluun). Di zaman jahiliyyah dia lebih dikenali sebagai al-Miqdad ibnu al-Aswadi kerana namanya dibinkan kepada ayah angkatnya al-Aswadi. Tetapi setelah turunnya ayat al-Quran (Surah Al-Ahzaab ayat 4 dan 5) yang melarang bin ke atas ayah angkat, maka dia dipanggil kembali dengan bin ayah sebenarnya iaitu Amru ibnu Tsa'labah.

Dia adalah salah seorang dikalangan tujuh orang yang terawal menunjukkan keIslamannya secara terbuka di Makkah, dan menanggung penderitaan akibat kekejaman kaum musyrikin Quraisy.

Dia adalah Muslim pertama yang berperang pada jalan Allah dengan menunggang kuda dan termasuk salah seorang di antara tiga penunggang kuda dalam Perang Badar. Mereka adalah Miqdad ibnu Amru, Zubair  ibnu 'Awwam dan Murtsad ibnu Abi Martsad. [1]

Berkatalah Abdullah bin Mas’ud yakni salah seorang shahabat Rasulullah S.a.w:  "Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi shahabatnya daripada segala isi bumi ini…." [2]

al-Miqdad marah seorang yang berangan-angan kalau dapat hidup di zaman Nabi S.a.w

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdur Rahman ibnu Jubair ibnu Nafir, dari ayahnya dia berkata; "Pada suatu hari kami bertandang ke rumah al-Miqdad ibn Al-Aswad.  Tiba-tiba ada seorang melewati dan berkata, "Alangkah bahagianya kedua mata yang melihat Rasulullah S.a.w. Sungguh, aku pun ingin lihat apa yang kamu lihat dan menyaksikan apa yang kamu saksikan."

Miqdad pun marah.

Aku (ayah Abdur Rahman) hairan kerana apa yang dikatakan oleh orang itu merupakan kebaikan. Kemudian Miqdad menghampiri orang itu dan berkata; "Apa yang telah mendorong seseorang menginginkan kehadiran Rasulullah. Semoga Allah melenyapkan beliau dari dirinya. Dia tidak tahu bagaimana keadaan kehidupan ketika beliau ada. Demi Allah, sesungguhnya ramai manusia yang melihat Rasulullah S.a.w, namun Allah mencampakkan mereka ke dalam Jahannam kerana mereka tidak menerima seruannya dan tidak membenarkannya. Mengapa kamu tidak memuji saja kepada Allah kerana Dia telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan mengenal Tuhanmu dan membenarkan apa yang dibawa oleh nabimu? Cukup lah ujian itu dialami oleh orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengutus Nabi S.a.w kepada suatu keadaan yang amat buruk, pengurusan pada masa jahiliyyah yang orang-orangnya memandang penyembahan berhala adalah lebih baik daripada memeluk agama. Kemudian beliau datang membawa Al-Furqan yang memisahkan antara hak dan bathil serta memisahkan antara anak dan saudara yang Muslim daripada bapa dan saudara yang kafir.  Sesungguhnya Allah membukakan qalbu yang sebelumnya tertutup untuk menerima keimanan. Orang tua menyedari bahawa apabila anaknya mati dalam keadaan kafir, maka dia masuk neraka dan lenyaplah kebahagiaannya jika orang yang dicintainya itu berada dalam neraka. Kerana itulah dia berdoa; "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati."  [Sanad riwayat ini Shahih] [3]

Pengajaran

al-Miqdad ibnu Amru bukan marah tanpa alasan yang munasabah, kerana dia hanya ingin mengajar tabi'en yang mengatakan kalau dapat hidup di zaman Nabi S.a.w dan menyaksikan sendiri peristiwa-peristiwa di zaman itu supaya BERSYUKUR. Ini kerana kita tidak tahu sekiranya kita ditakdirkan lahir di zaman itu, sama ada kita menjadi pengikut Nabi S.a.w atau penentang Baginda S.a.w.

Walaupun kita lahir bukan pada zaman Nabi Muhammad S.a.w tetapi kita perlu bersyukur kerana sudah dilahirkan oleh ibubapa yang beriman dan dalam keadaan beriman kepada Allah S.w.t. Kita tak perlu berhadapan dengan ayah atau anak yang kafir dan menentang Islam. Kita tak perlu rasa terseksa batin kerana melihat orang tersayang mati dalam keadaan kafir. Bayangkanlah. Dan sebagainya lagi yang perlu kita syukurkan. Wallahu a'lam.

Video ceramah tentang kisah di atas oleh Ustaz Nazmi Karim



Rujukan:

1 - Syeikh Muhammad Sa’id Mursi - Tokoh-tokoh besar Islam sepanjang zaman.
2 - Khalid Muhammad Khalid - Rijaal Haular Rasul.
3 - Tafsir Ibnu Katsir , Surah Al-Furqan ayat 72 - 74.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.