Berita Terkini

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2014

Selebriti-selebriti tempatan

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia

Sharifah Aini
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014) di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarhamah yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Allahyarhamah meninggalkan seorang anak, Aliff Omar. Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa.  Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris, antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Penyanyi itu juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006. [Astro Awani]


Adam Ahmad meninggal dunia

Penyanyi dan komposer, Adam Ahmad meninggal dunia kira-kira 12 lebih tengah malam (15 Mei 2014) di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit (tekanan darah rendah, penyakit kencing manis dan jangkitan kuman dalam darah).

Adam Ahmad pernah popular di era 80an dengan lagu nyanyian dan ciptaannya iaitu Kau pergi juga. Juga dengan lagu Berdiri Seorang Perindu.

Lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh Aisyah iaitu Janji Manismu juga pernah memenangi anugerah Muzik-Muzik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang bernama Norliza.

[Sinar Harian / SuaraTV]


Datuk Aziz Sattar meninggal dunia

Datuk Aziz Sattar
Pelakon veteran @ Seniman Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang pada kira-kira jam 2 pagi (6 Mei 2014).

Memetik laporan sebuah media, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Jenazah yang akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini (6 Mei 2014).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin popular menerusi filem Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok,  Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, dan macam-macam lagi.  [Sinar Harian]

Siri filem Bujang Lapok sememangnya kekal segar dalam ingatan peminat filem melayu sehingga ke hari ini oleh segenap lapisan usia.

Selesai era Jalan Ampas, Allahyarham mengarah filem pertamanya iaitu Keluarga Si Comat pada tahun 1975.

Allahyarham kemudian terus diberi kepercayaan mengarah beberapa filem lagi seperti Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Setinggan, Tujuh Biang Keladi, Ok dan Adik yang sekaligus turut melahirkan nama-nama besar dalam dunia komedi seperti AR Badul dan Mr. Os.

Ikon lawak negara yang turut dikenali sebagai Pak Ajis ini dilahirkan di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia pada 8 Ogos 1925.

Pemergian Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak, 19 cucu, lima cicit dan seorang balu.  [Astro Awani]


Allahyarham P Ramlee meninggal pada 29 April 1973

Allahyarham Aziz Sattar meninggal pada 6 Mei 2014

Allahyarham S Syamsuddin meninggal pada 4 Jun 2013

April , Mei dan Jun, susunan bulan yang berturutan dan hampir-hampir .......


Ratu Keroncong Kartina Dahari meninggal dunia

biduanita kartina dahari
Biduanita Kartina Dahari meninggal dunia di Singapura petang ini (30 April 2014). Akhbar tempatan melaporkan ratu keroncong itu meninggal dunia kerana penyakit barah. Beliau berusia 73 tahun.

Kali terakhir Allahyarhamah membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.  Allahyarham meninggalkan tiga orang anak

Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan.   [The Malaysian Insider / Berita Harian]


Pelakon Sidek Hussein meninggal dunia

pelakon Sidek Hussein
Pelakon Sidek Hussein, 63, meninggal dunia tengah malam tadi (malam 28 April 2014) di Hospital Kuala Lumpur, setelah menderita akibat barah leher.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital itu sejak 22 Mac lalu selepas pengsan ketika membeli barangan keperluan dapur bersama cucunya. Doktor kemudiannya mengesahkan yang ketumbuhan pada pipi yang dihidapi olehnya sejak hampir 30 tahun lalu adalah sejenis kanser.

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu mula muncul ketika berusia 20an lagi.  Selain kanser, Allahyarham turut mengidap penyakit jantung dan paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Batu 17, Lorong Beringin, Sungai Buloh, Selangor sebelum Zuhur (28 April 2014).

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sebiah Sulaiman dan lima orang anak.

Allahyarham adalah pelakon veteran sejak era televisyen hitam putih dan memulakan kerjaya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1970-an.

Dia mula dikenali pada tahun 1982 selepas membintangi filem Toyol sebagai pelakon utama, diikuti filem Potret Maria.

Pada 2011, Allahyarham Sidek menerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Festival Filem Malaysia ke-24 serta Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin.  [Utusan Online / Astro Awani]


Pengacara TV RTM, Taufik Latif meninggal dunia

Pengacara terkenal era 70-an dan 80-an, Taufik Latif, 69 meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 11.30 malam (17 April 2014) akibat serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Roziah Latif adiknya berkata, sebelum ini Allahyarham pernah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby selepas mengalami serangan jantung di rumah anaknya, Dr Ariff Sukimi Latif di Subang Jaya.

Allahyarham dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Gombak, sebelum solat Jumaat. Allahyarham Taufik Latif meninggalkan dua anak, Dr Ariff Sukimi dan Anisah.



Datuk Ali Mamak meninggal dunia

Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi (27 Mac 2014).

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Allahyarham yang mula dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Batu 14, Hulu Langat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua Batu 16, Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.  [Sinar Harian]


Innaalillahi wa innaa ilaihi roji'uun ....... Allahummaghfirlahum warhamhum .......




Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.