Berita Terkini

Gempa Bumi di Pakistan memunculkan sebuah pulau baru di laut

Gempa Bumi di Pakistan memunculkan sebuah pulau baru di laut
Satu gempa bumi besar melanda kawasan terpencil di barat Pakistan pagi (24 Sept 2013), mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang dan menyebabkan sebuah pulau yang tidak diketahui sebelum ini muncul dari laut hanya di luar pantai selatan negara itu, Reuters melaporkan.

Kesan gempa bumi itu dirasai sejauh New Delhi, India, di mana bangunan bergegar beratus-ratus kilometer ke timur.

Menurut United States Geological Survey, gempa bumi magnitud 7.8 melanda wilayah Baluchistan, Pakistan. Wilayah yang bersempadan dengan Iran, kebanyakannya terdiri daripada padang pasir dan gunung dan telah dilanda beberapa gempa bumi sebelum ini.

Tetapi tidak ada satu pun daripada gempa itu cukup kuat untuk menyebabkan dasar laut meningkat, mewujudkan gunung kecil seperti pulau kira-kira 600 meter dari pantai Gwadar, Pakistan di Laut Arab.

TV Pakistan iaitu Geo News menganggarkan pulau itu kira-kira 100 kaki panjang.

Abdul Qadoos, timbalan speaker Dewan Undangan Baluchistan, memberitahu Reuters bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada rumah-rumah di daerah Awaran di Pakistan telah runtuh.

Ketua Setiausaha Babar Yaqoob berkata bahawa beliau menjangka angka kematian meningkat kerana masih ramai kelihatan terperangkap di dalam rumah mereka yang ranap. Lebih kurang 200 tentera sedang membantu orang keluar dari runtuhan dalam usaha cuba untuk membendung kerosakan.

[Reuters , Express News]





p/s: Gempa bumi BALA dari Allah, atau pun hasil perbuatan tangan manusia sendiri iaitu HAARP ? (tetapi tetap dengan izin Allah)  Wallahu a'lam .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.