Berita Terkini

Cerita tentang Syiah yang kemah keming dari Ustaz Nazmi Karim

Mari kita dengar pula apa cerita dari Ustaz Nazmi Karim tentang Syiah. 


Antara isi-isinya;

- Syiah secara nyatanya bermula ketika zaman Khalifah Ustman bin Affan. Di asaskan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang berasal dari Yaman.

- Syiah maknanya ialah PENYOKONG / PENDUKUNG. Di dalam Al-Quran pun ada sebut perkataan Syiah, tetapi Imam Syiah telah memutarbelitkan ayat tersebut.  Contohnya;

"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ..."  [Surah As-Shaffat : Ayat 83]

"Nya" dalam ayat di atas ditujukan kepada Nabi Nuh. Tetapi Imam Syiah telah menterjemahkan maksudnya kepada Ali r.a.  Sedangkan Nabi Ibrahim hidup jauh lama dari zaman Muhammad S.a.w.

- Khomeini pernah mengatakan bahawa kebanyakan sahabat nabi hanya mahukan dunia, dan menggunakan Al-Quran sebagai alat untuk mencapai niat yang kotor sahaja.  Dia dakwa sahabat-sahabat itu merebut jawatan khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.a.w, dimana jawatan itu sebenarnya hanya layak bagi Ali r.a.

- Syiah diasaskan diatas kebencian kepada 3 sahabat besar nabi iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Utsman r.a.

- Syiah ada lebih dari 200 mazhab walaupun bilangan mereka tidak seramai Ahlus Sunnah wal Jamaah.

- Rukun Islam Syiah ialah Sembahyang, zakat, puasa, haji dan percaya kepada Imam 12.  Tiada ucapan syahadah dalam rukun utama, dan jika ada pun, syahadah mereka menambah nama Ali r.a di dalamnya.

Maka jika kita tidak percaya kepada rukun iman Syiah itu, kita dikira sebagai 'kufrun juz-iyyun' (kafir separuh).

- Dalam keluarga nabi S.a.w, hanya ada 4 orang yang mereka sanjung iaitu Ali r.a, Fatimah r.anha,  Hussein r.a, serta keturunan mereka.  Sedangkan anak-anak nabi yang lain mereka tidak hiraukan. Begitu juga isteri-isteri nabi pun mereka tak endahkan.

2 orang isteri nabi yang mereka sangat benci iaitu Aishah r.a dan Hafsah r.a kerana Aishah adalah anak Abu Bakar r.a , dan Hafsah adalah anak Umar r.a.

- Kedudukan Imam 12 Syiah amat tinggi, sehingga mereka menyamakan kedudukan imam-imam mereka itu dengan kedudukan Tuhan.

- Syiah menunggu Imam Mahdi yang bernama Muhammad bin Hassan Al-Askariy, sedangkan Ahlus Sunnah wal Jama'ah menunggu Muhammad bin Abdullah (sama dengan nama Nabi Muhammad S.a.w).

- Selebihnya, sila nonton video di atas :)  Jazaakumullahu khoir .......


Bonus video

Siapa sebenarnya Syiah? - Ustaz Abdullah Din

Rakaman Ancaman Syiah: Dr Maza, Ust Jamali & Ust Abdullah Din

Konsep TAQIYYAH Syiah yang membingungkan - Maulana Mohd Asri

Sheikh Mumtaz ul haq berhujjah

- Syiah melaknat sahabat-sahabat nabi termasuk Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Utsman r.a.  Sedangkan 6 orang Imam Besar bagi Syiah iaitu Ali bin Abi Thalib r.a, Hassan bin Ali r.a, Hussein bin Ali r.a , Ali bin Hussein r.a, Muhammad bin Ali dan Jaafar As-Sadiq , kesemua mereka ada menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama sahabat tadi.

Ali r.a ada 14 orang anak, dan 3 darinya bernama Abu Bakar, Umar dan Utsman.

Hassan bin Ali ada anak bernama Abu Bakar dan Umar.

Hussein bin Ali ada anak bernama Abu Bakar dan Umar.

Ali bin Hussein ada anak bernama Umar dan Utsman

Muhammad bin Ali ada anak bernama Abu Bakar dan Umar

Jaafar As-Sadiq ada anak bernama Abu Bakar dan Umar

Jika benarlah Abu Bakar r.a dan Umar r.a bersalah kepada keluarga Ali r.a dan berlaku zalim terhadap mereka, mustahil Ali r.a dan keturunannya mahu menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar, dan Umar.

Secara rasionalnya, manusia menamakan anak-anaknya dengan nama yang mereka suka dan nama seorang yang mereka suka.

Lagi pun pada ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup, nama Umar hanya nabi S.a.w khususkan kepada Umar Al-Khattab, sedangkan Umar-Umar lain nabi S.a.w perintahkan panggil dengan nama Amru.

Maka mengapa Ali r.a dan keturunannya tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Amru, tetapi tetap menamakan dengan nama Umar?

TELAH TERBUKTI jelas, Ahlul Bait sendiri TIDAK MELAKNAT Abu Bakar, Umar dan Utsman Radhiallahu anhum, tetapi Syiah yang telah dipengaruhi oleh Abdullah bin Saba' (seorang Yahudi) lah yang telah melaknat sahabat-sahabat nabi yang mulia itu, na'uzubillahi min zaalik .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.