Berita Terkini

Sejarah permulaan kalimah-kalimah zikir yang agung

Alkisah, Ibnu Abbas r.a menceritakan, "Ketika Allah Subhanahu wa ta'ala menciptakan Arasy, Allah memerintahkan para malaikat pemikul Arasy agar memikulnya. Lalu mereka terasa amat berat. Kemudian, Allah S.w.t berfirman, "Bacalah SubhanAllah". Para malaikat itu pun membaca 'SubhanAllah', hingga mereka merasa ringan memikul Arasy. Malaikat-malaikat itu terus membaca 'SubhanAllah' sepanjang masa hinggalah Allah S.w.t menciptakan Nabi Adam a.s.

Ketika Nabi Adam a.s bersin, Allah S.w.t mengilhamkan kepadanya agar membaca 'alhamdulillah'. Maka Allah S.w.t berfirman, "Yarhamuka Rabbuka" (semoga Tuhanmu merahmatimu). Kerana itulah Aku menciptakanmu, wahai Adam. 

Para malaikat berkata, "ini adalah kalimah kedua yang agung, kami tidak boleh melupakan kalimah ini". Mereka menyambungkan kalimah tersebut dengan kalimah pertama sehingga sepanjang masa malaikat mengucapkan, "SubhanAllah wal hamdulillah".

Para malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Nuh a.s. Disebabkan kaum Nabi Nuh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka Allah S.w.t mewahyukan kepada Nabi Nuh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan ‘Laa ilaaha illa Allah’ bagi mendapatkan keredhaan dari Allah S.w.t. Lalu berkata para malaikat, “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami abaikan.” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘SubhanAllah Walhamdulillah Walaa ilaha illallah.’

Kalimah ini terus diucapkan oleh para malaikat sepanjang masa, hinggalah Allah S.w.t mengutuskan Nabi Ibrahim a.s. Allah S.w.t telah memerintahkan supaya Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anak kesayangannya Ismail.  Kemudian Allah menggantinya dengan seekor kambing (kibash / domba). Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya diselamatkan oleh Allah S.w.t dan digantikan dengan kambing maka Nabi Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas nikmat yang dikurnia oleh Allah S.w.t kepadanya.

Para malaikat pun berkata, “Ini adalah kalimah keempat yang agung. Kami akan menggabungkannya dengan tiga kalimah sebelumnya.” Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi ‘SubhanAllah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’

Ketika malaikat Jibril a.s menceritakan kisah ini kepada Rasulullah S.a.w, baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azhim.’ Kemudian Jibril a.s berkata, "Ini adalah kalimah penutup dari empat kalimah sebelumnya." Maka jadilah kesemuanya … SubhanAllah walhamdulillah, walaa ilaaha illallah wallahu akbar, Laa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil azhim."

[Petikan dari kitab 40 Nasihat Langit, oleh Syeikh Abd Al-Hamid Al-Anquri]

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.