Lintah merah jambu pendarfluor besar dan siput kanibal telah ditemui di bahagian yang terpencil di Australia. Lintah merah jambu itu boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang, manakala siput karnivor itu memangsa pada saudara-mara vegetariannya.
Kedua-dua makhluk aneh itu tinggal di sekitar Gunung Kaputar berhampiran Narrabri di New South Wales - sekitar 323 batu barat laut Sydney.
Penduduk tempatan telah lama melaporkan tentang lintah merah jambu pelik ini, terutamanya selepas hujan lebat, namun ahli-ahli taxonomis hanya baru-baru ini mengesahkan ia adalah spesis yang sama dengan lintah segitiga merah, yang secara rasmi dikenali sebagai Triboniophorus graeffi.
Siput kanibal juga dianggap unik kepada daerah Gunung Kaputar dan hanya makan siput-siput lain yang juga tinggal di kawasan itu.
Sumber - Mail Online