Berita Terkini

Kenapa tidak bagus taasub kepada seorang ulama sahaja

islamic wallpaper
Nabi Muhammad S.a.w adalah nabi terakhir @ penutup segala nabi. Jika ada lagi manusia yang mengaku sebagai nabi selepas itu dan membawa satu ajaran baru, maka ternyata adalah seorang pendusta, melainkan kedatangan kembali Nabi Isa a.s nanti yang ciri-cirinya diketahui oleh orang-orang alim.

Ulama adalah pewaris kepada nabi-nabi. Tetapi kita tidak sepatutnya taasub kepada seorang ulama sahaja kerana tiada manusia yang faham maksud yang tersurat dan tersirat dari firman-firman Allah S.w.t sepenuhnya sepertimana yang difahami oleh Nabi Muhammad S.a.w.

Lagi pun maksud 'علماء - ulama' di dalam hadits nabi yang bermaksud "Ulama adalah pewaris nabi-nabi" (Hadits Riwayat At-Tirmidzi dari Abu Ad-Darda radhiallahu ‘anhu) itu adalah perkataan jama' (plural). Perkataan mufrad (singular) nya ialah 'عالم - alim'. Oleh itu para ulama adalah pewaris kepada ilmu-ilmu para nabi, tetapi tidak ada seorang ulama pun yang mewarisi kesemuanya di dalam dirinya seorang.

Kerana itu lah amat bahaya sebenarnya jika kita hanya taasub kepada seorang ulama.  Kenapa tidak bagus taasub kepada seorang ulama sahaja?

- Kerana seorang ulama tidak pakar dalam semua bidang dalam agama. Seorang ulama itu mungkin mengetahui asas-asas bagi semua bidang, tetapi tidak semestinya dia pakar kesemuanya, dan ijtihadnya mungkin kadang-kadang salah. Sebagai contoh, dia mungkin pakar dalam bidang ilmu fiqh, tetapi tidak pakar dalam bidang Usuluddin, Ulum AlHadits, Ulum AlQuran, sejarah Islam, Ulum Akhlak, dan tidak semua guru agama itu hafal ALQuran keseluruhan , hafal hadits, baik ingatan, baik akhlak, baik penyampaian, baik cara dakwah dan sebagainya.

- Seorang ulama tidak maksum dan boleh melakukan pelbagai kesalahan dan dosa. Jika kita taasub kepadanya, maka mungkin kesalahan atau dosa yang dilakukannya akan diikuti juga oleh kita.

- Nabi Muhammad S.a.w pun melarang memujanya lebih dari sepatutnya, kerana dibimbangi umatnya akan mengangkatnya lebih-lebih sepertimana umat Nasrani dulu mengangkat Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan atau Tuhan sendiri. Begitu juga ramai pengikut Syiah yang mengangkat para Imam mereka terlalu tinggi hingga ada yang mengatakan mereka itu maksum dan sebagainya.

- Untuk mengelakkan seorang ulama itu menjadi ego atau sombong dengan ilmunya dan merendah-rendahkan orang lain sewenang-wenangnya. Begitu juga untuk mengelakkannya merasa megah kerana mempunyai ramai pengikut yang taasub dan mendengar segala kata-katanya.

- Untuk mengelakkan perbalahan dan pertengkaran sesama Muslim, akibat terlalu taasub kepada seorang ulama sahaja (yang kononnya menganggap hanya dia saja guru yang mursyid) dan menolak semua ulama lain, walaupun ketika kita berada di pihak yang salah.

- Dan kesemua ini menunjukkan kelemahan manusia, perlu bekerjasama dan muafakat antara satu sama lain (dalam erti kata lain perlu berjamaah). Tidak perlu untuk menjadi professor serba tahu yang menyebabkan kita sendiri akan terkena dengan belitan Iblis, na'uzubillah.

- Dan banyak lagi kesan buruk nya, wallahu a'lam .......

Maka sebaiknya kita rujuk dan belajar dengan pelbagai ulama yang muktabar. Yang penting, kita ada panduan yang paling utama sebagai penapis segalanya, iaitu AlQuran dan AlHadits .......

1 ulasan:

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.