Isnin, 9 Januari 2012

Ulum AlQuran: Ilmu Munasabah AlQuran oleh Ustaz Abdul Rashid Idris



Kuliah Ilmu Munasabah Al-Quran di atas disampaikan oleh Ustaz Abdul Rashid Idris. Catatan ringkas seperti di bawah;

Ilmu tafsir AlQuran

Terbahagi kepada 4

1 - Tafsir yang diketahui oleh semua orang. Contoh; "Dirikanlah solat dan tunaikan zakat." Semua orang boleh faham.
2 - Tafsir yang diketahui oleh yang pandai bahasa Arab sahaja.
3 - Tafsir yang diketahui oleh ulama sahaja. <-- Ini yang dibincangkan dalam Ilmu Munasabah AlQuran.
4 - " La ya'lamu ta'wilahu illa Allah" - Tidak ada yang tahu takwilnya melainkan Allah. Kata Imam Nawawi, kalau ada sesiapa yang mendakwa tahu tentang takwil ini, maka dia adalah pendusta.


Makna Al-Munasabah

Dari segi bahasa ialah 'Al-musyakalah' (saling menyerupai) dan 'Al-muqarabah' (saling mendekati). Dari segi istilah pula ialah keserupaan dan kedekatan antara kalimah-kalimah, ayat-ayat dan surah-surah AlQuran, yang membawa kepada wujudnya hubungan perkara-perkara tersebut. 

Hubungan tersebut sama ada berbentuk kaitan pada makna ayat-ayat seperti hubungan sebab dan musabbab, hubungan kesetaraan dan hubungan perlawanan. 

Al-munasabah juga terdapat dalam bentuk penguatan, penafsiran dan penggantian.


Asasnya

1 - Untuk mengetahui bentuk susunan pada kalimah, ayat dan surah. 
2 - 'Illah (hampir dengan sebab).


Pembahasan tentang

1 - Nama-nama surah
Siapa yang berikan nama-nama surah dalam Alquran?  Pendapat ulama yang kuat dan rajih, nama-nama surah diberikan secara tauqifi (berdasarkan dalil AlQuran dan AlHadits).

2 - Tertib surah (susunan surah dalam mushaf)

Ada beberapa pendapat ulama;
- Ia adalah secara Ijtihad = tertolak kerana hujjahnya tidak kuat.
- secara Ijtihad + Tauqifi  = dalil hadits yang tak shahih
- secara Tauqifi  (berdasarkan kepada wahyu) = Ini yang paling kuat, jumhur ulama berpendapat. Dalilnya Hadits Riwayat Imam Ahmad (shahih) tentang Jibril tasmi' (mendengarkan) bacaan Nabi 2 kali pada dua bulan Ramadhan.  Maknanya susunan surah-surah itu adalah dari nabi, kerana mustahil Jibril mendengar nabi baca Alquran secara berterabur..


Kepentingan-kepentingan Ilmu Munasabah

- Mengetahui ada hubung-kait antara surah-surah AlQuran.
Contoh: Surah AlFatihah , ayat akhir, "ghairil maghdhuubi 'alaihim wa la Adhollin".
maghdhuub = Yahudi yang dimurkai , dibahas dalam Surah selepasnya iaitu Al-Baqarah
Ad Dhoollin = Nasrani , dibahas dalam surah selepas Al-Baqarah iaitu Surah Aali-Imraan

Penjelasan tentang ayat-ayat dalam Surah Al-Fatihah ada dalam Surah Al-Baqarah.

- Menolak tuduhan bahawa AlQuran tidak TERATUR. Tuduhan kononnya Alquran tidak tersusun kerana tidak mengikut kronologi.

- Untuk berhadapan dengan tuduhan-tuduhan terhadap Al-Quran oleh non-Muslim.

- Dan sebagainya .......

Antara Imam-imam yang menggunakan Ilmu Munasabah ialah Al-Imam Al-Biqoi, Imam As-Suyuthi, Al-Farahi Al-Hindi. Kemudian yang sebut secara tak langsung ialah Al-Baidhowi, Sayid Qutub, Abu Hayyan, Imam Al-Arusi, Syeikh Rasyid Ridha dan beberapa lagi.


Bahagian-bahagian

- Munasabah antara Surah dengan Surah
Contoh; Seperti hubung-kait yang diterangkan di atas ..
- Munasabah antara nama Surah dengan kandungannya
- Munasabah antara himpunan ayat-ayat AlQuran dalam surah yang sama.
Contoh dalam Surah Al-Ikhlas ..
- Munasabah antara ayat dengan ayat dan hubung-kait antara satu sama lain.
- Munasabah antara kalimah dengan kalimah

Penjelasan selanjutnya dan banyak lagi dalam video di atas ....... Memang seronok belajar tentang Ilmu Munasabah Al-Quran ini, dapat tahu rahsia-rahsia dan hikmah-hikmah berkaitan dengan Al-Quran. Semoga dapat lebih menghayati lagi apabila membaca Al-Quran ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.