Ahad, 8 Januari 2012

Muhammad s.a.w, pemimpin yang turut sama bekerja bersama rakyat

Islamic wallpaper - wallpaper islamik
Nabi Muhammad s.a.w bukan hanya seorang pemimpin yang pandai mengarah semata-mata dan selalu berada dalam keadaan selesa dan mewah. Tetapi dia telah terkenal dari kecil hinggalah menjadi nabi, selalu bekerja keras, hinggakan turut sama bekerja dengan rakyatnya ketika baginda menjadi pemimpin.

"Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah." (QS Al-Ahzab [33]: 21).

Salah satu situasi paling berat yang dihadapi kaum Muslimin pada masa Rasulullah S.a.w adalah ketika membuat persiapan menghadapi perang Ahzab, ketika kaum musyrikin dan Yahudi berkomplot untuk menyerbu Madinah. Salah seorang sahabat Nabi s.a.w, Salman al-Farisi, mengusulkan sebuah strategi yang kemudian disetujui dan digunakan untuk menghadapi musuh, iaitu dengan membuat parit (khandaq) mengelilingi kota Madinah. Para sahabat kemudian menggali parit. (Boleh baca selanjutnya dalam Perang Al-Ahzab).

Dalam buku sejarah Islam dikisahkan para sahabat menggali parit dalam keadaan lapar dan letih. Pada situasi dan kondisi seperti itu Rasulullah s.a.w menunjukkan kualitinya sebagai pemimpin teladan. Baginda turut serta menggali parit dan turut pula menahan lapar hingga diriwayatkan bahawa baginda mengikatkan beberapa batu ke perutnya untuk mengganjal rasa lapar.

Mengenai sikap beliau ini, Dr Said Ramadhan al-Buthiy dalam bukunya Fiqh as-Sirah menulis, "Beliau tidaklah memerintah kaum Muslimin untuk menggali parit sedangkan Rasul mengawasi mereka dari istana yang tinggi sambil bersantai. Beliau juga tidak mendatangi kaum Muslimin dalam pesta yang ramai untuk menerima cangkul dari mereka lalu memukul cangkul tersebut ke tanah sebagai tanda dimulainya pekerjaan serta sebagai simbol bahawa beliau telah turut bekerja bersama mereka lalu setelah itu cangkul dilemparkan, debu yang melekat di baju dibersihkan kemudian pergi meninggalkan mereka.

Namun, Nabi s.a.w turut bekerja bersama mereka. Baju baginda bersimbah debu. Ketika kaum Muslimin letih dan lapar baginda lah orang yang pertama kali keletihan dan kelaparan." Kebersamaan Rasulullah s.a.w dengan para sahabat dalam bekerja dan menahan derita bukan terjadi kali itu saja. Pada saat kali pertama membangun Masjid Nabawi baginda pun turut serta memanggul dan membangun masjid tersebut.

Disebut oleh Muhammad Husain Haikal dalam buku Sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w, "Dalam membangun masjid itu Muhammad s.a.w juga turut bekerja dengan tangannya sendiri. Kaum Muslimin dari kalangan Muhajirin dan Anshar ikut pula bersama-sama membangun. Selesai masjid itu dibangun, di sekitarnya dibangun pula tempat-tempat tinggal Rasul. Baik pembangunan masjid mahupun tempat-tempat tinggal itu tidak sampai memaksa seseorang, kerana segalanya serba sederhana, disesuaikan dengan petunjuk-petunjuk Muhammad."

Kecintaan dan kebersamaan baginda selaku pemimpin kepada rakyatnya akan selalu kita temui dalam rentang sejarah hidupnya. Nampaknya kecintaan ini telah begitu berakar-umbi dalam perasaan dan fikiran beliau sehingga menjelang akhir hayatnya salah satu ungkapan yang keluar dari lisan beliau adalah "Umatku ... umatku ... umatku ...."

Dengan akhlak kepemimpinan beliau yang seperti itu maka tidaklah menghairankan jika kepercayaan rakyat begitu tinggi. Mereka yakin tidak akan pernah dikhianati dan merasa bahawa sang pemimpin tetap turut bersama-sama mereka justeru pada saat-saat yang sulit. Semoga kita diberi kekuatan dan petunjuk oleh Allah S.W.T agar dapat mewarisi keteladanan Rasulullah S.a.w. Wallahu a'lam bish-shawab.


Rujukan:

1 - Republika.co.id

2 - Sejarah hidup Muhammad s.a.w - Muhammad Husain Haikal

2 ulasan:

  1. The Prophet SAW - A real leader by example..

    Unlike our modern day leaders where money matters most... not for the people but for themselves and their cronies....

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.