Air terjun | Bukit | Pantai | Pulau | Sawah | Sungai | Tasik
Koleksi duit syiling | Batu permata | Video | Tonton TV | Download Ebook Islamik

Lelaki keluarkan duit dan tikus dari mesin ATM

Seorang pelanggan bank di Ersboda, utara Sweden, mendapat lebih daripada apa yang dia mahu apabila dia membuat pengeluaran dari mesin tunai dan menarik keluar wang, diikuti oleh tikus.

Gholam Hafezi hairan apabila dia tidak mendapat resit bagi 700 Kronor ($104 dolar) yang dikeluarkannya, tetapi melihat sebaliknya apa yang kelihatan seperti tali kasut bergantungan di mesin itu, akhbar Folkblad Västerbotten melaporkan.

Hafezi memegangnya dan terkejut setelah beliau menyedari bahawa itu adalah ekor tikus, dengan kepala dan seluruh badan masih terperangkap di dalam mesin.

Hafezi bergegas masuk ke meja bantuan pelanggan di kedai runcit bersebelahan iaitu Coop Forum untuk mendapatkan bantuan.

Kakitangan kedai itu tidak menghiraukannya, kerana mesin tunai itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pemilik kedai.

Hafezi akhirnya mendapat bantuan daripada kakitangan yang sedang mencari troli, dan bersama-sama mereka berjaya mengeluarkan badan rodensia itu dari mesin.

"Salah seorang daripada mereka menarik tikus itu, dan kepalanya masih bersambung, walaupun ia berdarah sedikit. Kemudian saya mendapatkan resit saya," Hafezi memberitahu akhbar itu.

Walau bagaimanapun, pelanggan bank itu tidak pasti sama ada tikus tersebut terselamat atau tidak.

"Saya tidak tahu, tetapi ia memang masih hangat", dia menjawab, sambil menambah bahawa dia fikir tikus itu mungkin menyelinap masuk ke dalam kartrij tunai apabila ianya mula-mula dimuatkan.

[The Local]

Kategori:

0 komen:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Agama (75) Ajaib (7) Akhlak (14) Alam sekitar (6) Albino (5) AlQuran dan Sains (19) Angkasalepas (36) Antik (8) Aqidah (2) Arkeologi (5) Astronomi (33) Atheist (2) Bala bencana (30) Batu permata (11) Berita dunia (55) Biar betul (99) Bicara (19) Bionik (4) Budaya (4) Buddhisme (1) Ceramah agama (22) Duit Syiling (16) Dunia Hiburan (109) Dunia Islam (66) Ekonomi Dunia (20) Facebook (15) Foto (320) Gay (12) Gaya hidup (9) Gempa bumi (7) Google (23) Haiwan (236) Handphone (9) Hantu (44) Hidayah (43) Hinduisme (2) Hukum Islam (29) Illuminati (27) Inspirasi (29) Internet (80) Jalan-jalan (25) Jenayah (110) Jin (16) Kamera (19) Kamera digital (14) Keluarga (2) Kemalangan (52) Kematian (40) Kesihatan dan Perubatan (153) Khasiat (2) Kiamat (6) Kisah Nabi dan Sahabat (20) Kisah para nabi (2) Kisah para ulama (5) Klasik (41) Koleksi saya (48) Kreativiti (69) Kristologi (24) Kuasa solar (5) Landskap (78) Lucu (78) Mental (66) Metafizik (5) Misteri (47) Motosikal (6) Musthalah Hadits (2) Muzik (4) Paganisme (1) Palestine (6) Paling mahal (2) Paranormal (24) Penggodam (17) Perang (12) Perkahwinan (20) Pertandingan (12) Perubatan Islam (2) Pesta (13) Poligami (6) Politik (115) Politik dunia (28) Puisi (5) Rekod (96) Robotik (21) Rumahtangga (16) Sains (35) Scam (5) Sedih (41) Sejarah (18) Sejarah Islam (12) Sejarah kuno (4) Seks (78) Selebriti meninggal (9) Seni (26) Senibina (18) Serangga (12) Setem (1) Singapura (10) Sirah Nabi Muhammad (10) Sitemap (1) Solar (8) Sukan (27) Teknologi (178) Teknologi Nano (6) Telefon mobil (15) Teori konspirasi (107) Time lapse (28) Tips blog (11) Tips fotografi (6) Tips gaya hidup (6) Tips kecantikan (4) Tips keselamatan (1) Tips kesihatan (56) Tips komputer (19) Tips Photoshop (1) Tips rumahtangga (7) Tumbuhan (26) UFO (37) Ulum AlQuran (2) Undang-undang Islam (27) Ushul Fiqh (3) USO (1) Video (192)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...