Berita Terkini

Bayi di Israel kunyah kepala ular

Bayi di Israel kunyah kepala ular
Berusia tiga belas bulan, Imad Aleeyan yang mempunyai enam batang gigi, ditemui sedang mengunyah kepala ular 12 inci oleh ibunya, yang menjerit minta tolong kepada jiran.

"Saya telah membuat susu dan saya melihat dia dengan ular dalam mulutnya," kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Arab Israel iaitu Shefa'Amr, 9 batu timur bandar pelabuhan Haifa.

"Saya mula menjerit. Saya tidak percaya apa yang saya lihat," katanya kepada AFP. "Saya hampir mati ketakutan." Jeritannya membawa seluruh keluarga dan jiran ke tempat kejadian.

"Kami bergegas dan mendapati bayi itu dengan seekor ular di dalam mulut, mengunyahnya. Ia benar-benar menakutkan, memang dahsyat," emak saudara bayi lelaki itu, Yasmin Shahin berkata.

"Apabila dia menariknya keluar, Imad mula menangis," katanya menerangkan kepala ular sebagai "sangat teruk dimamah" apabila ia muncul dari mulut kanak-kanak lelaki itu.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu jikalau ada apa-apa tanda gigitan tetapi mendapatinya tiada, dengan doktor di hospital Rambam di Haifa mengesahkan beliau tidak luka.

Bayi di Israel kunyah kepala ular
"Doktor di hospital itu memberitahu kami ular itu benar-benar beracun tetapi kami sangat bernasib baik kerana mereka melepaskan racun yang kurang pada musim sejuk," katanya.

Dr Boaz Shacham, seorang pakar amfibia dan reptilia, memberitahu AFP, daripada melihat imej-imej dalam talian ular yang rabak itu, ia adalah ular dari jenis hemorrhois nummifer, spesis tidak-berbisa yang menyerupai viper (ular berbisa).

Ular seperti itu membesar sehingga tiga kaki panjang, dan beliau fikir bahawa ia adalah spesimen "yang terlalu muda".

"Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana sejuk," kata Dr Shacham iaitu ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew, Jerusalem (Baitulmaqdis).

"Mereka tidak benar-benar aktif dalam musim sejuk."

[telegraph.co.uk]


Jangan biarkan bayi anda diselubungi .. kepala ular .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.