Bunga orkid kembang malam pertama di dunia yang dikenali telah ditemui oleh ahli botani, dalam satu penemuan yang telah digambarkan sebagai 'luar biasa'.
Orkid 'waktu malam' yang hanya berkembang di dalam kegelapan itu telah ditemui di pulau tropika di Pasifik Selatan - yang pertama untuk dunia orkid, kata saintis.
Penyelidik berkata, tumbuhan itu yang dipanggil Bulbophyllum nocturnum, adalah contoh pertama orkid pada waktu malam dimana bunga sentiasa terbuka selepas gelap dan tertutup pada waktu pagi.
Bunga yang terbuka hanya pada waktu malam adalah antara sejumlah kecil spesis tumbuh-tumbuhan, seperti ratu kaktus malam, 'the midnight horror tree' dan melati kembang malam.
Ed de Vogel, seorang pakar orkid Belanda, telah membuat penemuan yang menakjubkan itu apabila beliau dibenarkan untuk mengumpul orkid di kawasan pembalakan.
[CNN]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)