Lelaki berusia 47 tahun, Wesley Warren Jr dari Las Vegas, mempunyai buah zakar @ skrotum yang sangat besar, begitu besar sehingga zakarnya tenggelam dalam 'kantung bola' raksasa dan Wesley tidak dapat kencing dengan betul.
Wesley mengalami scrotal elephantiasis, skrotumnya melambung besar semalaman tiga tahun lalu, mula-mula bengkak ke saiz bola sepak dan berkembang dan berkembang sehingga pada masa ini, kantung itu mempunyai berat lebih daripada 100 paun.
Wesley telah memutuskan untuk keluar publik dengan skrotum ganjil itu. Awal bulan ini, dia muncul di Howard Stern Show di Amerika Syarikat kerana dia kini begitu terdesak untuk mengumpul dana untuk membaiki karung testisnya itu.
Wesley mengumumkan di radio Amerika Syarikat (AS) bahawa zakarnya begitu diselubungi oleh kantung bola yang terlalu besar, dan dia hanya melelehkan kencing ke atas dirinya, dan kerana dia tidak boleh duduk untuk membuang air besar, dia terpaksa menangkap buangannya dalam cawan .
Wesley menanggung kehinaan ini dalam usaha untuk mendapatkan publisiti, dan mengharap agar bertemu penderma yang sanggup untuk membantu meraih $1 juta dolar yang dikehendaki untuk pembedahan pembetulan kelenjar alat kelaminnya.
Kesian. Semoga Wesley berjaya mengumpul dana yang dikehendaki, dan semoga ada pihak yang berkeupayaan tampil untuk membantunya. Sedangkan mengumpul duit untuk diberikan pada penyanyi yang memenangi pertandingan pun dapat hingga sejuta dolar, takkan umumkan untuk membantu mereka-mereka yang terdesak dan kesusahan begini tak boleh yer. Fikir-fikirkan lah .......
Apa lagi dana untuk menghantar roket dan macam-macam ke angkasalepas pun dapat. Sedangkan ntah apa faedah dari semua tu pun tak tahu. Yang nampaknya, hanya untuk kepentingan golongan-golongan elit tertentu sahaja.
[The Morning Starr , Huffington Post , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)