Rabu, 24 Ogos 2011

Lambang negara Malaysia, Indonesia dan Singapura berkait dengan Yahudi Zionis

Pernahkah anda terfikir mengapa contohnya negara Malaysia, Indonesia dan Singapura mempunyai lambang negara yang hampir sama? Dan yang drastiknya lagi, ketiga-tiganya mempunyai kaitan yang rapat dengan lambang Illuminati dan Yahudi Zionis serta sekutu-sekutunya.

Adakah ianya secara kebetulan? Takkan asyik-asyik kebetulan saja kan, maka mari kita lihat ketiga-tiga lambang negara yang kesemuanya pernah dijajah ini.

Jata Negara - Lambang negara Malaysia

Lambang negara Singapura

Garuda Pancasila - Lambang negara Republik Indonesia


Warna merah wajib ada, kerana warna merah dan kuning melambangkan matahari, sesuai dengan nenek moyang Illuminati dan Zionis dulunya adalah golongan penyembah matahari dan dewa-dewi.

Saya tidak mahu menyebut tentang maksud di sebalik lambang-lambang ini menurut tafsiran yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan kita selama ini. Kerana sudah tentu yang mempengaruhinya tidak akan memberitahu perkara sebenar yang lebih halus lagi di sebaliknya.

Lambang negara, diambil dari tradisi negara-negara Eropah, merupakan suatu reka bentuk yang digunakan oleh orang / sekelompok orang tertentu dan digunakan untuk bermacam-macam tujuan. Tidak seperti cap meterai atau emblem, lambang negara mempunyai keterangan tersendiri yang diwujudkan dalam motif (blason) tertentu. [Wikipedia]

Boleh dikatakan semua negara yang pernah dijajah oleh British akan memakai lambang Coat of arms, yang secara kasarnya terdiri dari dua ekor haiwan di kiri dan kanan , memegang perisai di tengah-tengah. Dan juga lambang-lambang lain yang ada kaitan dengan Mesir kuno, matahari dan seumpamanya. Lambang negara Malaysia dan Singapura juga tidak terpisah dengan Coat of Arms, iaitu lambang kepada kerajaan British seperti di bawah ini.

coat of arms - devil's seal


Manakala lambang negara Indonesia pula menyamai lambang zaman Mesir kuno dulu yang menyerupai logo dewa Horus.


Dan sama lah juga dengan lambang negara Amerika Syarikat.

Lambang negara Amerika Syarikat

Walaubagaimana pun, kesemua lambang negara di atas mesti ada perisai di tengah-tengahnya, dan bentuk perisai pula adalah sama kesemuanya.  Adakah sudah tidak ada idea lain selain dari perisai itu? Bukan kerana tidak ada idea lain, tetapi memang ianya dipengaruhi oleh suatu puak yang sememangnya begitu mengambil berat tentang simbol dan lambang. Juga ada bintang @ matahari. 

Sememangnya kita sudah lama dipermainkan dan dikawal oleh mereka secara rahsia dan halus. Sehinggakan adakalanya kita bercakaran sesama sendiri. Oleh itu wahai Malaysia, Indonesia dan Singapura, berdamailah, berbaiklah, kerana kita semua serumpun.  Lebih-lebih lagi kepada yang beragama Islam, kita semua adalah SAUDARA!

Banyak lagi sebenarnya boleh dikaitkan, tapi sekian dulu buat kali ini. Masih tidak nampak lagi ke kaitannya?  Kalau masih tidak nampak, maka perlu baca tajuk  Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - bahagian 2

4 ulasan:

  1. Saya cinta negara saya Indonesia ini merupakan penghinaan terhadap identitas dan harga diri bangsa

    BalasPadam
  2. MUIS of singapore is dajjal stooges. tali barut dajjal dan mengada adakan ajaran dusta bahwa dajjal bukan manusia untuk menyembunyikan identity dajjal lahanat ini yang berada di singapura sekian lama semasa british empire sampai peperangan melayu dan cina untuk bagi kuasa pada lee kwan yu.

    BalasPadam
  3. yes he is here in singapore. and he have the ability like ibin sayyad which muhammad suspect to be the dajjal. and he is under my captivity together with his caravan and that is mostly malaysian islamic. and i have been fighting his hypnosis for almost 8 years now. and he can do more what ibin sayyad cannot do. he is in singapore. if he refuse to come out then shall the messiah come and pursue where he is. amen.

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.