Mungkin satu kampung boleh kenyang dengan hanya sebiji kobis / kubis ini. Tony Southall, 74, mempamerkan kobis gergasinya di kebun beliau di Dudley, West Midlands, UK.
Kobis seberat 25 paun dan diameter 5 kaki itu kemudiannya didermakan untuk dimakan oleh penghuni rumah jagaan.
Dan Tony bersedia untuk buat pameran kobis yang lebih besar lagi pada bulan depan di Amblecote Royal British Legion. Dia tidak memberitahu lagi saiznya kerana mahu membuat pertandingan teka berat nanti.
Beliau mendedahkan rahsia menanam sayur-sayuran secara besar-besaran ialah cecair komprei.
"Ia adalah herba dan berbau seperti tumbuh-tumbuhan reput," katanya.
"Saya juga meletakkan satu baldi yang halus dalam baja kompos."
Jurutera bersara, yang telah mempunyai tanah 148 kaki persegi selama 13 tahun itu, pada September tahun lepas membesarkan labu air 136 paun - dan tahun ini, beliau ada yang lain pula yang difikirkannya mungkin mencapai 230 paun.
Beliau juga membesarkan kacang panjang, serta lobak merah, bunga kobis (cauliflower), parsnip (sejenis ubi) dan sayur-sayuran lain.
Dia tidak pernah membeli sayur-sayuran dan mempunyai empat pembeku untuk memastikan dia akan mendapat bekalan sayuran sepanjang musim.
[Daily Mail]
Mungkin elok untuk kaum petani cuba kaedah yang dibuat oleh Encik Tony ni. Asalkan tidak meletak bahan kimia atau bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan manusia sudah. Jangan pula akibat mahu untung lebih, beri keburukan dan penyakit pada orang lain. Bukan saja duit yang bertambah nanti, tetapi dosa juga bertambah :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)