Dalam keadaan segar, belum diproses, buah dan sayur mempunyai kemampuan menyimpan vitamin di dalam sel dan isi buah.
Setelah dipotong, kemampuan menyimpan vitamin ini hilang. Semakin kecil potongannya, semakin banyak bahagian dari buah atau sayur yang terdedah kepada udara dan cahaya. Akibatnya, akan lebih banyak kerosakan yang terjadi, terutama pada vitamin B dan C.
Itu sebabnya jus atau sari buah sebaiknya diminum dalam keadaan segar (baru selesai diproses). Jika disimpan terlalu lama, kandungan vitaminnya akan menurun secara drastik. Kandungan vitamin, misalnya vitamin C, dalam bahan makanan menurun sangat drastik pada penyimpanan dan pemprosesan.
Vitamin ini boleh rosak kerana reaksi dengan O2 (udara), ion logam, pemanasan, dan pH neutral atau tinggi. Itu sebabnya vitamin C banyak hilang pada proses memasak, terutama pada bahan makanan yang direbus kerana vitamin C sangat tidak stabil di dalam air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)