BANNING, Calif. (KTLA) - Seorang wanita dari Banning, California, AS, secara tidak sengaja menembak anak perempuannya berusia 12 tahun selepas cuba untuk menyalakan rokok dengan pistol, yang dia fikirkan adalah pemetik api.
Polis Banning berkata Rachel Avila yang berusia 30 tahun dan anak perempuannya berada di depan rumah mobil mereka di dalam blok 100 Utara Phillips Street apabila Avila mencapai pistol yang disangkakan pemetik api yang terletak di atas tanah.
Ketika wanita itu cuba untuk menyalakan rokok dengan menarik picu, peluru berkaliber 22 itu meletus, memantul ke tanah dan menghentam anaknya di bahagian lengan, kata laporan rasmi.
Kanak-kanak itu dirawat dan dikeluarkan apabila pihak berkuasa menggambarkan ianya sebagai luka ringan sahaja.
Polis berkata, senjata itu adalah North American Arms .22-caliber, pistol revolver gaya Derringer. Penyiasat cuba untuk memastikan bagaimana senjata api itu boleh berada di atas tanah.
[KTLA]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)