Selepas perjalanan hampir tiga tahun, rover Marikh yang diberi nama Opportunity pada hari Selasa sampai ke rim Kawah Endeavour (Endeavour Crater), menurut satu kenyataan daripada NASA dan Associated Press.
Perjalanan Rover kira-kira 13 batu untuk sampai ke Spirit Point, lokasi di pinggir kawah yang dinamakan sempena rover ini iaitu Spirit, yang NASA terputus hubungan dengannya pada Mac 2010. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari Rabu oleh NASA, Opportunity akan mengkaji batuan di kawah garis pusat 14 batu ini yang sehingga kini tidak pernah dilihat.
Minggu lepas, NASA melaporkan penemuan aliran air garam di planet merah itu.
Berikut adalah imej terbaru dari rover Opportunity. Ketiga-tiga gambar adalah ihsan NASA / JPL-Caltech / Cornell / Asu dan telah diambil oleh kamera panorama rover (Pancam).
West rim
Spirit Point
[Huffington Post , NASA]
Betul ke tidak NASA ni? Ntah-ntah gambar-gambar yang dirakam di Area 51 saja , kemudian di edit balik dengan komputer. Seperti mana propaganda dan penipuan yang dibuat tentang manusia menjejakkan kaki di bulan dulu.
Tapi harap-harap gambar-gambar ini betul lah di planet Marikh. Sungguh agung ciptaan Allah s.w.t .......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)