Isnin, 1 Ogos 2011

Artis-artis terkenal yang mati di hujung pistol

Jika seorang askar atau polis , adalah sinonim jika diberitahu mati kerana ditembak. Pistol dan senjata api lain adalah mainan kerjaya itu dan juga ancaman kepada mereka. Tetapi pistol nampaknya bukan sahaja mencari askar dan polis, tetapi juga mencari artis.

Malang tidak berbau, tiada manusia yang benar-benar tahu bila tarikh dia akan mati dan setiap yang bernyawa PASTI akan menemui MATI. Berikut adalah beberapa orang artis / ahli muzik antarabangsa yang ditakdirkan meninggal dunia akibat ditembak atau bunuh diri dengan pistol.

1. John Lennon, 8 Disember 1980

John Lennon

Bekas anggota band legenda The Beatles, telah ditembak empat kali (tembakan kelima meleset) oleh Mark David Chapman di lorong pintu masuk bangunan dimana ia tinggal, di Dakota, pada 8 Disember 1980. Lennon baru saja kembali dari Record Plant Studio dengan isterinya, Yoko Ono. Jasadnya dikremasikan, kemudian abu jenazahnya diberikan kepada Yoko Ono. Beberapa spekulasi menyatakan bahawa abu John Lennon disimpan di bawah tempat tidur Yoko Ono, ada pula yang menyebut bahawa ia ditaburkan di taman Strawberry Fields, Central Park, Manhattan, New York.


2. Tupac Shakur, 7 September 1996

Tupac Shakur

Dia ditembak sebanyak 4 kali, mengenai tangan, peha, pinggul dan dada. Tidak lama selepas dia menyaksikan pertandingan tinju antara Mike Tyson dengan Bruce Seldon. Satu penyelidikan mengenai pembunuhan itu yang di muat dalam harian Los Angeles Times menyimpulkan bahawa pembunuhnya adalah seorang lelaki yang dilihat diserang oleh seorang anggota geng saingan geng Tupac, Anderson kemudian terbunuh oleh tembakan dalam sebuah pembunuhan antara geng, tetapi hingga saat itu Anderson tak pernah dihukum kerana menembak Tupac, mungkin ia dilindungi oleh pejabat tinggi.

Jasad Tupac dikremasikan, beberapa abunya disebarkan di Kota Los Angeles, sebahagian lagi diberikan kepada ibunya.


3. Dimebag Darrell, 8 Disember 2004

Dimebag Darrell

Gitaris sebuah band metal Pantera, dan Damage Plan. Dia mati terbunuh akibat ditembak oleh bekas anggota marin Amerika Syarikat, dalam sebuah pertunjukkan Damage Plan. Dia ditembak sebanyak 5 kali di kepala. Si pembunuh, Nathan Gale, adalah seorang anggota Marin Amerika Syarikat yang menderita gangguan jiwa, dengan menggunakan pistol jenis Barreta 92. Gale kemudian terbunuh ketika itu juga oleh tembakan seorang polis yang menggunakan senjata laras panjang.


4. Marvin Gaye, 1 April 1984

Marvin Gaye

Seorang penyanyi R&B Soul, kulit hitam, dan namanya dipopularkan oleh perusahaan rakaman Motown Records. Mati ditangan ayahnya sendiri, Marvin Gaye Sr., melalui sebuah peluru yang meluncur dari hujung laras pistol. Sebuah pistol kaliber 38, yang ditembak secara berulang oleh si ayah. Seketika sebelum peristiwa tembakan itu terjadi, mereka terlibat dalam sebuah pertengkaran mulut. Martin meninggal seketika setelah tiba di rumah sakit, dan si ayah pun diseret ke muka pengadilan atas perbuatannya.


5. Kurt Cobain (Nirvana), 8 April 1994

Kurt Cobain

Dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan menembak pistol tepat di kepalanya. Beberapa pendapat mengatakan dia mati akibat dibunuh, namun sebuah pistol yang terletak di sisi jasad dan kandungan heroin yang terdapat di dalam tubuh menyimpulkan kematian tersebut adalah bunuh diri. Bukti semakin dikuatkan ketika catatan terakhir ditemui disampingnya. Jasadnya dikremasikan, dan abunya dihanyutkan di sungai Wishkah, Washington, Amerika Syarikat.

[a-el.blogspot.com]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.