Berita Terkini

Wanita kayuh basikal 70 km setiap hari hantar surat


Luo Xiying, seorang pekerja pos wanita di China, telah mengembara selama ini sekurang-kurangnya 200,000 km menghantar surat kepada penduduk luar bandar.

Wanita di Pejabat Pos Chenfang daerah Jiangxi ini memberi perkhidmatan kepada kira-kira 20,000 orang dari lapan buah kampung.

Lebih 15 tahun yang lalu, wanita berusia 43 tahun ini telah menyerahkan lebih 500,000 surat, kiriman wang pos dan bungkusan tanpa apa-apa kelewatan atau kehilangan kepada penduduk kampung.

Ia bukan satu tugas yang mudah kerana Chenfang adalah sebuah bandar pergunungan, yang terletak di kaki Gunung Wuyi.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu mempunyai pilihan dalam sehari sama ada menaiki basikal 70 km atau 40 km berjalan kaki.

Di laluan mendaki, Luo telah memanjat bukit dan menyeberangi laluan air. Beliau menggunakan dua laluan secara selang-seli tanpa gagal.

Terdapat beberapa kali, terutama pada musim panas, apabila Luo pengsan semasa dalam perjalanan untuk menghantar surat, namun ini tidak menghalang beliau daripada menjalankan tugasnya.

"Saya suka kerja ini," kata Luo, yang juga menjalankan urusan tugasan untuk penduduk kampung, membantu mereka membeli barang-barang keperluan dari bandar.

Dedikasi beliau telah memenangi banyak anugerah termasuk anugerah pekerja pos terbaik dalam pelbagai kategori.

Beliau juga memenangi hati setiap penduduk kampung, yang memasak untuknya dan melayan seperti ahli keluarga.




"Walaupun sukar, saya akan menjalankannya kerana penduduk kampung perlukan saya dan saya tidak boleh meninggalkan mereka."



[China Daily , Xinhua]


Terharu tengok kegigihan dan keramahan dia dengan masyarakat kampung. Langsung tak nampak seperti orang sombong dan berlagak. Aman dan sentosa negara kalau semua orang seperti dia insyaAllah :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.