Gambar tupai tanah yang bergaya macam orang hisap rokok di tepi pantai ini ditembak oleh Joanne Evans ketika bersama teman lelakinya di tepi pantai Fuerteventura, Canary Islands, Kepulauan Sepanyol.
Cik Evans, dari Manchester, beritahu kepada The Telegraph, "Kami baru ingin meninggalkan pantai apabila tiba-tiba tupai muncul atas permukaan pantai dengan rokok di dalam mulutnya."
"Ia adalah satu pemandangan yang ganjil, lalu saya dapatkan kamera saya dan mengambil gambar. Ia hanya duduk di sana untuk seketika dan kemudian melarikan diri ke dalam semak."
Tupai tanah (Chipmunk), atau dikenali sebagai 'Barbary ground squirrel', telah diperkenalkan ke Fuerteventura dari Afrika Utara sebagai haiwan peliharaan isi rumah yang popular pada tahun 1965.
Kemudian mereka melarikan diri ke dalam hutan, berkembang biak dalam persekitaran alamiah yang sama seperti tanah air mereka - tetapi tanpa pemangsa alamiah. Bilangan mereka telah meningkat kepada lebih kurang 300,000 ekor dan kini menjadi ancaman kepada spesies endemik pulau itu.
Tetapi populasi mereka boleh menurun dengan drastik jika sekiranya mereka jadikan merokok satu amalan.
[Dailymail.co.uk]