Jumaat, 1 Julai 2011

Robot untuk latihan doktor gigi muda

Robot untuk latihan doktor gigi muda
Pembuat patung seks (Sex doll) Jepun telah mencipta robot seakan manusia yang boleh membuka mulut, batuk, bersin dan bercakap kepada doktor gigi muda untuk latihan.

Android itu juga boleh menggerakkan lidah dan menganga selepas syarikat yang menjadikan robot seks yang berharga £6,000 ($9,600 dolar), telah dipanggil untuk membantu membinanya.

Robot yang dipanggil Hanako itu akan mula dikeluarkan selepas menjalani ujian di universiti paling berprestij di negara itu.

Syarikat hiburan 'orang dewasa' Orient dibawa masuk apabila penciptanya di Showa University Dentistry School tidak berpuas hati dengan model sebelum ini yang kelihatan terlalu menakutkan.

Profesor Sato Yuuji, dari universiti itu berkata, "Kami sedang mencari reaksi yang lebih realistik daripada robot, yang kini kami fikir telah mencapainya."



[The Sun]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.