Selasa, 12 Julai 2011

Lawatan Datuk Najib ke UK ibarat anak pulang ke ibu

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Abd Razak, melakukan lawatan ke United Kingdom bermula hari ini, kononnya adalah satu peluang bagi kedua-dua negara melengkapkan kedudukan semasa hubungan dua hala dengan tumpuan ke arah usaha memacunya ke tahap lebih tinggi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakaria Sulong, berharap lawatan berkenaan akan menghasilkan lebih banyak pelaburan British ke Malaysia serta memperluaskan skop hubungan dua hala.

SEBENARNYA, tidak perlu mengharapkan pelaburan dari British, kerana MEMANG mereka akan melabur di Malaysia pun. Apa lagi sudah banyak sangat hasil bumi Malaysia yang memberi keuntungan besar kepada mereka dalam selimut dari dulu lagi.

Lupakah kita bahawa British lah yang telah menjajah negara kita suatu ketika dahulu? Maka adakah kita ingat kita ini sekarang sudah MERDEKA sepenuhnya dari British? Lihat saja syarikat-syarikat minyak di Malaysia seperti Shell, Caltex, BP dan sebagainya, siapa yang pegang kalau bukan mereka? Lihat saja supermarket-supermarket dan syarikat-syarikat gergasi lain, kebanyakannya siapa yang pegang kalau bukan mereka dan kroni-kroni mereka?

Bayangkanlah, negara-negara lain kebanyakannya mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali-kali akan memberikan kemerdekaan free begitu sahaja, melainkan ada udang di sebalik batu karang.

Penjajah British yang telah menghabiskan banyak wang, masa, nyawa askar-askar mereka dan sebagainya tidak akan dengan mudah memberikan Malaysia kemerdekaan melainkan akan ada manfaat yang diperolehi oleh mereka selepas Malaysia melaungkan merdeka!

Betapa pandainya British, mereka tidak terus menetap di Malaysia untuk memerintah, tetapi mereka memerintah secara 'remote' atau secara jauh. Mereka mengawal dari negara mereka, dan melantik orang-orang kita sendiri (yang sudah mendapat pendidikan dari mereka) untuk menjaga negara ini.

Hasilnya, British mendapat keuntungan harta benda dari dulu lagi hingga sekarang, dan apabila berlaku ketidak-puasan hati rakyat, British tidak susah, tetapi pemimpin-pemimpin yang terdiri dari orang kita sendiri yang menanggungnya. Lihat saja sekarang, sesama sendiri bergaduh dan bercakaran, British di sana bertepuk tangan.

Ingatlah pesan nabi Muhammad S.a.w , ".......Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kerajaan Amerika Syarikat dan British, adakah anda rasa kedua-dua itu adalah pihak yang berlainan? Tidak wahai tuan-tuan dan puan-puan, mereka adalah satu puak saja. Kebanyakan keturunan di Amerika Syarikat pun adalah berasal dari British. Sila kaji sejarah asal usul pembukaan Amerika Syarikat. Negara itu dijumpai oleh Christopher Columbus iaitu seorang pelayar British. Dan kemudiannya kerajaan British menghantar askar-askar dan orang-orangnya pergi ke Amerika untuk merampas tanah-tanah di sana dari orang-orang asli yang dikenali sebagai 'Red Indian'.

Dan sila baca juga tajuk Undang-undang Islam pernah dijalankan di Malaysia suatu ketika dulu. Semoga kita nampak, bahawa kedatangan British lah dulu yang telah mencabut Undang-undang Islam dari Tanah Melayu ini, dan mendaulatkan Undang-undang British di tanahair kita. Sehinggakan Undang-undang British menjadi lebih AGUNG dari Undang-undang Allah, na'uzubillah.




1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, tulisan yang amat baik untuk membuka minda kita.

    Mereka yang melaungkan kemerdekaan tapi irony nya mereka lah yang awal2 dulu menjajah dan menindas negara orang lain kerana maukan kuasa.

    Britain - paling top diantara negara2 sekutu Illuminati

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.