Berita Terkini

Jenis-jenis Hukuman Mati aneh lama yang paling sadis

Di bawah ini adalah hukuman-hukuman bunuh yang dijalankan pada zaman dulu kala, zaman manusia tidak berapa bertamadun lagi. Dan kerajaan-kerajaan zaman dulu pun ada yang sangat zalim, tetapi padan lah dengan waktu itu mereka hanya tinggal di kawasan istana ataupun tempat pemerintahan mereka, sentiasa dikawal oleh pengawal-pengawal istana, tanpa bercampur dengan rakyat sangat.

Tetapi zaman sekarang pun masih wujud kerajaan tidak bertamadun, walaupun perkembangan ILMU sudah meluas. Cuma mereka tidak menghukum zalim seperti sesetengah hukuman zaman dulu, kerana kehidupan mereka hari-hari kena melalui kawasan awam dan bercampur dengan rakyat.  Kalau mereka buat zalim macam dulu, tak pasal-pasal mereka sendiri yang hidup susah. Mungkin esok lusa mereka pula dihukum sedemikian oleh rakyat, so mereka takut juga lah nak buat begitu.

Walaupun begitu kita semua patut berSYUKUR kerana sekarang sudah tiada hukuman sedemikian. Tetapi macam mana untuk bersyukur? Biarkan saja kezaliman dan maksiat berlaku? Itukah namanya bersyukur?

Bersyukur adalah kita berterima kasih kepada Tuhan yang mencipta kita, dan melaksanakan segala perintahNya yang termaktub dalam AlQuran dan AlHadith. Maka bagi kerajaan Muslim, mesti melaksanakan Undang-undang Islam, baru namanya ikut AlQuran dan AlHadith.

Berikut adalah beberapa jenis hukuman bunuh yang tragis lagi sadis itu (Amaran beberapa gambar kurang menyenangkan);

1. Ditanam hidup-hidup

Hukuman mati ini telah digunakan untuk orang perseorangan mahupun kelompok. Korban biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan dikuburkan. Dulu pernah ada Pembantaian Nanjing ketika Perang Dunia II, diwaktu tentera Jepun menguburkan rakyat China hidup-hidup, apa yang di sebut sebagai 'Ten Thousand Corpse Ditch'.


2. Humban dalam lubang ular (Snake pit)


Salah satu bentuk penyiksaan tertua dan hukuman mati, lubang (ruang) ular adalah sangat umum satu bentuk hukuman mati. Banduan dibuang ke dalam sebuah lubang dalam dengan ular berbisa, mati selepas dipatuk ular. Beberapa pemimpin yang terkenal telah mati dengan cara ini, termasuk Ragnar Lodbrok, ketua perang Viking, dan Gunnar raja Burgundy.


3. The Spanish Tickler


Alat penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah semasa Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit korban, senjata ini boleh merobek apa pun, termasuk otot dan tulang. Korban diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum, dan kemudian para penyiksa mula menyiksa mereka. Biasanya dimulai pada tangan dan kaki, dan terus ke dalam, leher dan wajah selalu disimpan untuk yang terakhir.


4. Hiris tubuh sikit demi sikit (Slow Slicing)

Ling Chi, diterjemahkan sebagai 'menghiris lambat' atau 'kematian yang dilambatkan' , digambarkan sebagai kematian oleh seribu luka. Bentuk penyiksaan dan hukuman yang mirip dengan 'The Five Pains', tapi mengambil masa yang jauh lebih lama. 

Penyiksa perlahan-lahan meluka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup korban penyiksaan selama mungkin. Menurut prinsip Konfusian, tubuh yang dipotong-potong tidak dapat ada keseluruhan di akhirat rohani, membuatkannya bentuk hukuman yang masih menyiksa korban di akhirat (dalam fahaman mereka).


5. Membakar di pancang (Burning at the Stake)


Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad, sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam dan tidak biasa, tetapi sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang pancang adalah praktik umum. Korban terikat pada pancang besar, biasanya di pusat kota atau di mana pun dengan penonton dan kemudian menyalakan api. Ia dianggap sebagai salah satu cara yang paling lambat untuk mati.


6. Necklacing


Umum dipraktikkan di Afrika Selatan, Necklacing terdiri dari tayar getah, diisi dengan gas, diletak di sekitar dada dan lengan korban, dan kemudian dibakar. Necklacing dasarnya menyebabkan tubuh akan berubah menjadi meleleh terbakar.


7. Hukuman menggunakan gajah (Execution by Elephant)


Di Selatan dan Asia Tenggara, gajah telah menjadi kaedah hukuman mati selama ribuan tahun. Haiwan itu dilatih untuk menghukum dua cara. Perlahan-lahan menyiksa dalam cara yang berpanjangan atau melenyek korban agar mati ketika itu juga.


8. Lima kesakitan (The Five Pains)


Salah satu hukuman mati dari China ini relatif mudah untuk difahami. Dimulai dengan hidung korban yang dipotong, lalu satu tangan dan satu kaki, dan akhirnya, korban akan dikembiri dan dibelah dua merentasi pinggang. Pengasas hukuman ini ialah Li Si, seorang Perdana Menteri Cina, akhirnya disiksa dan kemudian dihukum mati dengan cara ini juga.


9. Colombian Necktie


Kaedah hukuman ini adalah salah satu dari yang paling sadis. Tenggorok korban dibelah, sering kali dengan pisau tapi apa saja benda tajam akan dilakukan, dan kemudian lidah mereka ditarik keluar melalui luka yang terbuka. Sewaktu zaman La Violencia, satu masa sejarah Colombia penuh dengan pembunuhan, ini adalah bentuk hukuman yang paling umum. Ia digunakan terutamanya untuk mengintimidasi orang lain yang menemui fakta.


10. Digantung, ditarik dan dipotong-potong (Hanged, Drawn, and Quartered)


Hukuman untuk pengkhianatan tahap tinggi di England, yang akan digantung, ditarik dan dipotong-potong adalah umum terjadi ketika Abad Pertengahan. Meskipun dihapuskan pada tahun 1814, bentuk hukuman ini telah bertanggung jawab ke atas ratusan, malah mungkin ribuan kematian. 

Prosesnya adalah sebagai berikut. Pertama, korban diseret pada bingkai kayu, yang disebut rintangan ke tempat hukuman. Kedua, korban digantung dengan leher untuk waktu singkat sampai hampir mati (digantung). Ketiga, pengembirian terjadi, di mana setelah itu, isi perut dan alat kelamin dibakar di depan korban. Akhirnya, tubuh terbahagi menjadi empat bahagian yang terpisah dan dipenggal kepalanya.


11. Kasut simen (Cement shoes)


Diperkenalkan oleh Mafia Amerika, kaedah hukuman ini melibatkan menempatkan kaki korban dalam blok dan kemudian mengisinya dengan simen basah dan kemudian melemparkannya ke dalam air. Bentuk hukuman ini masih dipraktikkan sekarang, dan bahkan diciptakan istilah "seseorang yang tidur dengan ikan-ikan" sebagai eufemisme untuk orang mati.


12. Perkahwinan Republikan (Republican Marriage)


Berasal di Perancis, bentuk hukuman ini biasa dalam Revolusi Perancis. Melibatkan mengikat bersama dua orang telanjang, seorang laki-laki dan perempuan biasanya dari usia yang sama, dan menenggelamkan mereka dalam air. Dalam beberapa kes, biasanya jika air tidak ada, pasangan akan disiksa dengan pedang.


13. The Brazen Bull


The Brazen Bull, kadang-kadang dikenali sebagai salah satu kaedah penyiksaan paling kejam di luar sana. Dirancang pada zaman Yunani kuno, dibina dalam bentuk seekor lembu, dengan pintu di bahagian tepi yang terbuka dan terkunci. Untuk memulakan penyiksaan, korban ditempatkan dalam patung lembu kuning itu dan api dinyalakan di bawahnya. Logam dipanaskan sampai benar-benar panas, menyebabkan korban di "panggang sampai mati". Patung lembu itu dirancang sedemikian rupa sehingga jeritan para korban akan terdengar musik untuk kenikmatan bagi tukang siksa.



Di bawah ini pula Hukuman Mati yang dilakukan dalam sejarah Maharaja China kuno.


1. Menyiat kulit

Waktu menyiat kulit bermula dari tulang belakang, kulit punggung dibelah menjadi dua, perlahan-lahan dipisahkan kulit dengan daging, dibuka seperti kupu-kupu yang mengembangkan sayapnya. Selain itu, ada satu cara lain untuk menyiat kulit, entah berapa besar peringkat kesahihannya. Iaitu dengan menanam orangnya di tanah, hanya kelihatan kepalanya. Buat goresan berbentuk tanda (+) di atas kepala, lalu buka kulitnya, tuangkan raksa (mercury) ke dalamnya.

Kerana berat jenis mercury sangat berat, maka akan dapat memisahkan kulit dan daging, orang yang terkubur di tanah akan merasa sangat kesakitan, tetapi tidak dapat melepaskan diri. Lalu terakhir akan melompat keluar dari lubang, meninggalkan selembar kulit di tanah, lalu kulit tersebut dijadikan kulit gendang, digantungkan di depan mahkamah untuk memberi amaran kepada orang lain. Pada awalnya, hukuman menyiat kulit dilakukan setelah mati, kemudian berkembang menjadi menyiat kulit hidup-hidup.


2. Penggal pinggang

Penggal pinggang adalah memisahkan tubuh seseorang dari bahagian tengah, sedangkan organ-organ penting berada pada tubuh bahagian atas, maka yang dihukum tidak akan mati lagi, melainkan masih sedar dan memerlukan beberapa ketika lagi hingga akhirnya mati. 

Waktu Maharaja Chengzu dari dinasti Ming, hukuman mati Fang Xiaoru, yang digunakan adalah penggal pinggang ini. Konon setelah dipenggal, Fang Xiaoru masih boleh merangkak dan menulis huruf 'cuan' yang bererti 'merebut' (biasanya untuk merebut takhta) di tanah. Setelah menulis 12 setengah huruf, baru akhirnya dia mati.


3. Pisahkan tubuh dengan kereta kuda

Nama lain adalah 'membelah mayat dengan 5 kuda'. Sangat mudah, iaitu dengan mengikat kepala, kedua-dua tangan & kedua kaki dengan tali, lalu ditarik oleh 5 ekor kuda ke 5 arah yang berbeza, sehingga tubuhnya terputus menjadi 6 bahagian. Konon Shang Yang dihukum mati dengan cara ini. 

Diperlukan tenaga besar jika ingin memisahkan tubuh orang menjadi 6 bahagian, apatah lagi jika dengan ditarik. maka dapat dibayangkan penderitaan si penerima hukuman. Pada saat benar-benar sudah berasingan, mungkin ia sudah tidak merasakan penderitaan lagi. Kesakitannya adalah pada saat ditarik.


4. Lima hukuman

Gabungan dari penggal kepala, potong kaki, potong tangan, potong telinga dan hidung, 'belah menjadi 8 bahagian'. Biasanya setelah orangnya mati, baru dipotong kepala, tangan & kakinya, lalu tubuhnya dibelah jadi 3. Setelah Maharaja Gaozu dari Dinasti Han mangkat, Permaisuri Lv menangkap gundik kesayangannya, Nyonya Qi (ibu kepada Liu Ruyi), memotong tangan dan kakinya, juga memotong hidung, telinga & lidahnya, mencungkil matanya, lalu dibuang ke kandang babi, diberi nama 'ren zhi' (babi manusia). hinggakan anak Permaisuri Lv juga sangat terkejut melihatnya.


5. Hukuman mati perlahan-perlahan

Pada awalnya adalah setelah mati baru mayatnya dicincang jadi bubur daging, disebut 'hai'. Yang pernah menerima hukuman ini adalah Zi Lu, dan putera sulung Zhou Wen Wang, Bo Yi Kao. Kemudian dalam perkembangannya, menjadi lebih terperinci, iaitu hukuman dilakukan pada ketika orangnya masih hidup, tujuannya adalah agar yang dihukum menderita, maka ada peruntukan perlu ditikam sampai berapa kali dulu sebelum mati.

Konon kemudian hukuman ini dilaksanakan oleh 2 penyiksa, mulai tikam dari kaki, terus hingga 1,000 tikaman, iaitu dengan dipotong dagingnya selembar-selembar sampai mati. Katanya jika belum sampai 1,000 tikaman sudah mati, maka penyiksanya juga akan kena hukum. Yang paling teruk adalah jeneral penentang Qing pada zaman Ming akhir, Yuan Chonghuan. Kerana Maharaja Chongzhen terkena siasat adu domba musuh & mengira ia khianat, maka dijatuhi hukuman 'lingchi'.

Sebelum hukuman dijalankan, tubuhnya dililit dengan jala ikan agar daging-dagingnya menonjol keluar, lebih mudah untuk dipotong-potong. lalu dibawa keliling kota, ditonton oleh rakyat, dagingnya pun dimakan oleh rakyat. Penderitaan secara batin mungkin boleh melebihi penderitaan secara fizikal. Ini adalah salah satu hukuman rasmi di zaman Ming - Qing.


6. Jerat / gantung

Hukuman jerat di Zhongguo biasa menggunakan tali busur. Iaitu dengan meletakkan tali busur pada leher yang akan dihukum, tali menghadap ke depan, penyiksa berdiri di belakang sambil memutarkan busurnya semakin lama semakin kencang. Yang dihukum akan mati perlahan-perlahan. Ayah-anak Yue Fei mati di Balai Pameran Fengbo dengan cara seperti ini. (Kerana ia adalah pejabat berjasa, tidak boleh dipenggal, harus meninggalkan jasad yang utuh). Sedangkan Raja Gui dari Dinasti Ming akhir juga dibunuh dengan cara jerat / gantung ini oleh Wu Sangui.


7. Dimasak / direbus

Pada zaman Dinasti Tang, zaman pemerintahan Wu Zetian, ada seorang pegawai bernama Lai Junchen yang suka menggunakan cara-cara hukuman yang kejam. Terhadap tawanan yang tidak mahu mengaku, ia sering menyoal dengan memaksa menggunakan hukuman sadis. Iaitu dengan menggunakan sebuah kuali dan menyuruh tawanan masuk ke dalamnya, lalu di bawah kuali dibakar api (seperti memasak). Kalau tawanan tetap tidak mahu mengakui kesalahannya, maka akan mati kepanasan.

Kemudian Wu Zetian mendengar hal ini dan memanggil Lai Junchen. Ia bertanya pada Lai Junchen, apa yang dilakukan bila ada tawanan yang tidak mahu mengaku. Lai Junchen menceritakan cara ini dengan bangga. Wu Zetian pun berkata dengan tenang, "Persilakan dia masuk ke kuali." ... Dan Lai Junchen pun mati dibakar.


8. Kembiri habis

Sima Qian pernah menerima hukuman ini sebelum menulis kitab sejarah (Shi Ji). Cara kembiri di Zhongguo sangat terperinci. Pertamanya, ikat penis (termasuk kantungnya) agar darah tidak dapat mengalir, sampai rosak secara alamiah, baru kemudian dipotong dengan pisau (seluruhnya, bukan hanya penisnya sahaja). Setelah dipotong, tambah dengan abu wangi untuk menghentikan darah, tancapkan bulu angsa pada lubang laluan kencing. Tunggu beberapa hari, cabut bulu angsa. Kalau boleh kencing, bererti proses kembiri telah berjaya.

Kalau tak boleh kencing, anggap saja gagal, jadi orang kurang upaya, biasanya akan mati keracunan kencing yang tak boleh keluar. Jadi kalau mahu mencabul orang untuk dijadikan kembiri, sebaiknya kembiri waktu masih kecil. Semakin tua, risikonya akan semakin besar. Hukuman ini sering digunakan oleh kaum bangsawan untuk menggantikan hukuman mati. Sebaliknya, untuk wanita, adalah dengan ditutup.


9. Lumpuhkan kaki

Untuk potong kaki ini, ada beberapa macam penjelasan yang berbeza. Ada yang beritahu dengan memotong kaki dari lutut ke bawah. Ada juga yang beritahu dengan mengambil tulang lutut. Yang kedua nampaknya lebih boleh dipercayai. Soalnya, ini adalah sejenis hukuman kejam dengan membuat orang jadi lumpuh. Pada zaman Zhan Guo, Sun Bin pernah menerima hukuman ini.


10. Tusuk dengan jarum

Iaitu dengan menusukkan jarum pada celah kuku. Biasa digunakan untuk tawanan wanita.


11. Kubur hidup-hidup

Sering digunakan pada zaman Zhan Guo. Kerana jimat tenaga, juga cepat. Hukuman kubur pada zaman perang, biasanya tawanan perang disuruh menggali lubang sendiri, kemudian dibunuh dan dimasukkan ke dalam lubang itu. Kalau waktunya tidak cukup, langsung saja dimasukkan ke dalam lubang dan ditanam hidup-hidup. Hukuman kubur hidup-hidup ini sudah ada sejak zaman kuno. Tapi belum pernah tercatat ada tokoh terkenal yang mati dihukum dengan cara ini. Yang lebih kejam iaitu dengan dikubur dalam kedudukan berdiri, dengan kepala di atas permukaan tanah, kemudian diseksa dulu.


12. Racun Zhen

Racun zhen sepertinya merupakan cara yang cukup berperikemanusiaan di antara hukuman-hukuman kejam ini. Di antara racun-racun zaman Zhongguo kuno, yang paling terkenal adalah racun Zhen. Dari sinilah asal dari peribahasa "minum zhen untuk menghilangkan haus". Biasa digunakan untuk hukuman 'diberi kematian' (maksudnya disuruh bunuh diri sendiri).


13. Hukuman tongkat

Yang dimaksudkan dengan tongkat, bukan bererti dipukul dengan tongkat. Melainkan tongkat dimasukkan dari mulut sampai ke dalam tubuh sampai seluruh tongkatnya masuk, perut dan organ tubuhnya pecah, yang dihukum akan mati dengan tragis. Dalam sejarah rasmi, tidak ada catatan tentang hukuman ini. Cara hukuman ini muncul pada novel Xia Ke Xing karya Jin Yong. Bahkan ada julukan indahnya iaitu "membuka mulut dan ketawa".


14. Potong dengan gergaji

Iaitu dengan menggergaji orang sampai mati. Ketragisannya setanding dengan lingchi & menyiat kulit.  Sebenarnya, hukuman gergaji ini tidak hanya ada dalam dongeng, tetapi juga ada di dunia nyata. 


15. Patahkan tulang belakang

Ketika seseorang mempunyai dendam yang mendalam pada musuhnya, maka ia akan fikir cara mematahkan tulang belakang ini. Cara ini memang merupakan salah satu cara untuk melepaskan amarah, kerana setelah tulang belakang patah, orangnya pasti akan mati. Dalam sejarah Zhongguo, patahkan tulang belakang ini juga merupakan salah satu bentuk hukuman yang penting. 


16. Sikat dan bersihkan

Yang dimaksudkan dengan sikat & bersihkan, bukanlah anak gadis yang sedang bersolek, melainkan nama sebuah hukuman sadis. Yang dimaksudkan adalah menyiat kulit orang dengan berus besi hingga hanya tinggal tulang & daging saja, sampai akhirnya mati. Pencetus pertama hukuman ini adalah Zhu Yuanzhang. Berdasarkan catatan karangan Shen Wen, pada saat menjalankan hukuman ini, penyiksa membuka seluruh pakaian penerima hukuman, lalu dibaringkan di atas katil besi, tubuhnya disiram dengan air mendidih beberapa kali, lalu disiat kulit dengan menggunakan berus besi.

Sama halnya seperti rakyat menyiram babi dengan air panas untuk dicabut bulunya. Terus hingga kulit dan daging tergelupas habis dan tulangnya kelihatan. Penerima hukuman biasanya belum sampai selesai sudah mati dulu. Sikat dan bersihkan ini mempunyai persamaan prinsip dengan hukuman mati perlahan-perlahan (no 5). Menurut satu catatan, Wu Sansi pernah mengutus Zhou Lizhen untuk menangkap Heng Yanfan, kemudian diseret-seret di atas rakit buluh sampai dagingnya terkoyak dan kelihatan tulangnya, kemudian memukulnya dengan tongkat sampai mati.



Kesimpulan

Tidakkah anda pernah terfikir, bahawa orang lain mendapat sakit yang teruk, adakah anda akan sentiasa hidup senang lenang dalam dunia ini, sedangkan keadaan anda sering bergelumang dengan maksiat dan tidak laksanakan kewajipan yang Allah perintahkan kepada anda?  Anda tahukah apa akan jadi pada hari esok? Anda boleh jaminkah bahawa anda akan selamat selamanya? 

Maka elakkanlah buat maksiat dan kejahatan, dan jadilah hamba Allah yang soleh, sebelum nanti tiada siapa yang akan tolong anda. Walaupun anda terlepas dari hukuman manusia setelah anda buat silap, anda tidak akan terlepas dari hukuman Allah suatu masa nanti. 

Semoga Allah Ta'ala melindungi kita semua , merahmati dan memberkati hidup kita, amin.

[brainz.org , vivanews.com]


1 ulasan:

  1. kejam ngeri hukuman mati zaman kuno....harap tidak ada lagu hukuman macam ni..semoga tidak ada jenayah la di dunia ni..

    BalasPadam

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.