Semoga dengan diwujudkan Hospital Islam di Pulau Pinang itu nanti, maka ubat-ubatan yang digunakan juga sebaiknya diutamakan ubat-ubat sunnah terlebih dahulu. Kerana sudah banyak ubat-ubat yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti madu lebah, buah zaitun, anggur, kurma, habbatus sauda' dan sebagainya lagi.
Kemudian sertakan juga doktor-doktor yang tahu membaca ayat-ayat dan doa-doa penyembuh yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Dan yang paling penting, hindarkan dari menggunakan ubat-ubatan KIMIA yang diimport dari negara luar, kerana kebanyakan ubatan tersebut hanya MENAHAN SAKIT, tetapi menjadi RACUN JANGKA PANJANG. Mungkin ianya menahan suatu penyakit, tetapi pada masa akan datang akan mengundang beberapa penyakit lain pula kesan sampingan dari ubat-ubat tersebut. Dan itulah yang banyak terjadi hari ini.
Diharap baca tajuk Illuminati dan penyakit terhadap kesihatan manusia untuk penerangan lanjut.
KEPALA BATAS, 14 Julai: Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ, kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini."Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang."Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan."Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima."Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini."Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang, Ellias Zakaria dan Timbalannya, Datuk Mohd Salleh Man.[Fakhri Ali - HarakahDaily]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)