Sabtu, 9 Julai 2011

Gunung rata yang terbesar di dunia

Gunung Roraima pertama kalinya digambarkan oleh Sir Walter Raleigh penjelajah Inggeris pada tahun 1596, kawasan 31 km persegi kemuncaknya dipertahankan oleh tebing-tebing setinggi 400 meter dari semua belah. Gunung itu termasuk tiga titik sempadan Venezuela, Brazil dan Guyana.

Gunung Roraima

Gunung ini mulai terkenal pada tahun 1912 apabila Sir Arthur Conan Doyle menulis novel fiksyen yang berjudul The Lost World. Dia melakukan pendakian ke Gunung Roraima untuk melakukan penjelajahan dalam usaha mencari spesies tanaman prasejarah dan dinosaur yang kononnya mereka percaya hidup terasing dan tidak berubah selama jutaan tahun di puncak gunung.

Banyak spesis aneh dan pelik ditemui di atas puncaknya, tetapi bukannya dinasour yang karut marut itu. Tumbuhan-tumbuhan seperti periuk kera, Campanula (Bellflower), dan Rapatea malar hijau biasanya ditemui pada tebing dan kemuncaknya.


Hujan hampir berlaku tiap-tiap hari dalam setahun. Hampir keseluruhan permukaan kemuncaknya adalah batu pasir yang terdedah, dengan hanya beberapa semak (Bonnetia roraimœ) dan alga (rumpair).

Gunung Roraima


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.