Ibu burung laut ini telah membuat sarang di tengah-tengah tasik, di atas timbunan kecil garam. Dua biji telur yang belum menetas diletakkan di atasnya.
Burung laut dan sarang dengan reflection yang dramatik
Sarang burung terbuka itu dibuat di tengah-tengah tasik di kilang garam Atlit, Israel. Pemandangan yang indah dan menarik ini dirakam oleh jurugambar Amnon Eichelberg (amnonpic.com), 45, seorang penasihat ekonomi dari Israel.
"Satu hari saya mengambil gambar, dengan keadaan yang sangat baik, iaitu kira-kira sejam sebelum matahari terbenam dan tidak ada angin."
Tern biasa (Sterna hirundo dalam bahasa Latin) adalah burung laut yang diketahui tinggal di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan sub-Artik Eropah, Asia dan timur dan tengah Amerika Utara.
Ia berhijrah ke kawasan-kawasan pantai tropika dan subtropika di musim sejuk dan membiak dalam koloni di kawasan pantai, pulau dan tasik air tawar.
[Dailymail.co.uk , Unikversiti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)